Dar al-Farah hanya boleh dimasuki oleh orang yang menggembirakan kanak-kanak

TEKS BAHASA ARAB

إن في الجنة دارا يقال لها: الفرح، لا يدخلها إلا من فرح الصبيان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah tempat tinggal yang dinamakan al-Farah (kegembiraan), ia hanya boleh dimasuki oleh orang yang menggembirakan kanak-kanak.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 718, hadis nombor 3665. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عائشة رضي الله عنها، قالت: قالت: قال ﷺ: إن في الجنة دارا يقال لها : الفرح لا يدخلها إلا من فرح الصبيان.
[عد، ((الضعيفة)) (7113)]

(Munkar)
Daripada ‘Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah tempat tinggal yang dinamakan al-Farah (kegembiraan), ia hanya boleh dimasuki oleh orang yang menggembirakan kanak-kanak.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7113]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs