Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ في الجنَّةِ دارًا يُقالُ لها: الفرحُ، لا يدخُلُها إلَّا مَن فرَّح الصِّبيانَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah tempat tinggal yang dinamakan al-Farah (kegembiraan), ia hanya boleh dimasuki oleh orang yang menggembirakan kanak-kanak.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 718, hadis no. 3665. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: قالت: قال ﷺ: إن في الجنة دارا يقال لها : الفرح لا يدخلها إلا من فرح الصبيان. [عد، ((الضعيفة)) (7113)]
(Munkar) Daripada 'Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah tempat tinggal yang dinamakan al-Farah (kegembiraan), ia hanya boleh dimasuki oleh orang yang menggembirakan kanak-kanak. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7113]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman