Dan tidaklah Kursi di Arasy melainkan seperti cincin daripada besi yang dilemparkan keatas tanah yang luas daripada bumi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما الكرسي في العرش إلا كحلقة من حديد ألقيت بين ظهري فلاة من الأرض، والكرسي موضع القدمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dan tidaklah Kursi di Arasy melainkan seperti cincin daripada besi yang dilemparkan ke atas tanah yang luas daripada bumi, dan Kursi itu merupakan tempat kedua kaki.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 550, hadis nombor 2872. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالرحمن بن زيد بن أسلم، قال: عن أبيه أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((ما السماوات السبع في الكرسي إلا كدراهم سبعة ألقيت في ترس))، قال ابن زيد: فقال أبو ذر – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – ((ما الكرسي في العرش إلا كحلقة من حديد ألقيت بين ظهري فلاة من الأرض، والكرسي موضع القدمين)). [أبو الشيخ في ((العظمة)) (6118)]

(Lemah)
Daripada Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam berkata: Aku meriwayatkan daripada ayahku bahwa Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah luas langit yang mempunyai tujuh lapisan berbanding Kursi melainkan seperti 7 dirham yang dilampirkan di padang yang luas. Ibnu Zaid RA berkata: Abu Dzar RA meriwayatkan daripada Nabi SAW: Dan tidaklah Kursi di Arasy melainkan seperti cincin daripada besi yang dilemparkan keatas tanah yang luas daripada bumi, dan Kursi itu merupakan tempat kedua kaki.
[Riwayat Abu Syaikh dalam al-‘Uzmah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6118]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.