Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما الكرسيُّ في العرشِ إلا كحلقةٍ من حديدٍ أُلْقِيَتْ بين ظهريْ فلاةٍ من الأرضِ، والكرسيُّ موضعُ القدميْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Dan tidaklah Kursi di Arasy melainkan seperti cincin daripada besi yang dilemparkan ke atas tanah yang luas daripada bumi, dan Kursi itu merupakan tempat kedua kaki.
Sahabat Perawi
- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam
- Abu Dzar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 550, hadis no. 2872.
(ضعيف) عن عبدالرحمن بن زيد بن أسلم، قال: عن أبيه أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: ((ما السماوات السبع في الكرسي إلا كدراهم سبعة ألقيت في ترس))، قال ابن زيد: فقال أبو ذر - رضي الله عنه - عن النبي - صلى الله عليه وسلم - ((ما الكرسي في العرش إلا كحلقة من حديد ألقيت بين ظهري فلاة من الأرض، والكرسي موضع القدمين)). [أبو الشيخ في ((العظمة)) (6118)]
(Lemah) Daripada Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam berkata: Aku meriwayatkan daripada ayahku bahwa Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah luas langit yang mempunyai tujuh lapisan berbanding Kursi melainkan seperti 7 dirham yang dilampirkan di padang yang luas. Ibnu Zaid RA berkata: Abu Dzar RA meriwayatkan daripada Nabi SAW: Dan tidaklah Kursi di Arasy melainkan seperti cincin daripada besi yang dilemparkan keatas tanah yang luas daripada bumi, dan Kursi itu merupakan tempat kedua kaki. [Riwayat Abu Syaikh dalam al-‘Uzmah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6118]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman