Dan sesiapa yang berazam melakukan sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang zalim

TEKS BAHASA ARAB

في قول الله: {ومن يرد فيه بإلحاد بظلم نذقه من عذاب أليم} قال: لو أن رجلا هم فيه (يعني: المسجد الحرام) بسيئة وهو بـ (عدن أبين)، لأذاقه الله عذابا أليما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada firman Allah: {Dan sesiapa yang berazam melakukan sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang zalim, Kami akan pastikan dia merasa azab yang tidak terperi sakitnya.} [al-Haj: 52], Baginda bersabda: ((Sekiranya seorang lelaki ingin melakukan keburukan padanya (iaitu: masjid al-Haram) dan dia berada di (‘Adn Abyan) nescaya Allah akan menimpakan kepadanya azab yang pedih.))

STATUS

Mawquf

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1593-1594, hadis nombor 8047. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف) عن عبد الله ابن مسعود -رضي الله عنه- قال: (في قول الله: {وَمَنْ يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ} قال:(( لو أن رجلاً همَّ فيه (يعني: المسجد الحرام) بسيئة وهو بـ (عدن أبين)، لأذاقه الله عذاباً أليماً)). [حم، البزار، ع، ك، ابن جرير، ((الضعيفة)) (6571)]

(Mawquf)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA: Pada firman Allah: {Dan sesiapa yang berazam melakukan sebarang perbuatan yang dilarang dengan cara yang zalim, Kami akan pastikan dia merasa azab yang tidak terperi sakitnya.} [al-Haj: 52], Baginda bersabda: ((Sekiranya seorang lelaki ingin melakukan keburukan padanya (iaitu: masjid al-Haram) dan dia berada di (‘Adn Abyan) nescaya Allah akan menimpakan kepadanya azab yang pedih.))
[Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, al-Bazzar, Abu Ya’la dalam Musnadnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6571].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs