Mawquf
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
في قول الله: {وَمَنْ يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ} قال: لو أن رجلاً همَّ فيه (يعني: المسجد الحرام) بسيئة وهو بـ (عدن أبين)، لأذاقه الله عذاباً أليماً.
Teks Bahasa Melayu
Pada firman Allah: {Dan sesiapa yang berazam melakukan sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang zalim, Kami akan pastikan dia merasa azab yang tidak terperi sakitnya.} [al-Haj: 52], Baginda bersabda: ((Sekiranya seorang lelaki ingin melakukan keburukan padanya (iaitu: masjid al-Haram) dan dia berada di (‘Adn Abyan) nescaya Allah akan menimpakan kepadanya azab yang pedih.))
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mawquf
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1593-1594, hadis no. 8047. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موقوف) عن عبد الله ابن مسعود -رضي الله عنه- قال: (في قول الله: {وَمَنْ يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ} قال:(( لو أن رجلاً همَّ فيه (يعني: المسجد الحرام) بسيئة وهو بـ (عدن أبين)، لأذاقه الله عذاباً أليماً)). [حم، البزار، ع، ك، ابن جرير، ((الضعيفة)) (6571)]
(Mawquf) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA: Pada firman Allah: {Dan sesiapa yang berazam melakukan sebarang perbuatan yang dilarang dengan cara yang zalim, Kami akan pastikan dia merasa azab yang tidak terperi sakitnya.} [al-Haj: 52], Baginda bersabda: ((Sekiranya seorang lelaki ingin melakukan keburukan padanya (iaitu: masjid al-Haram) dan dia berada di (‘Adn Abyan) nescaya Allah akan menimpakan kepadanya azab yang pedih.)) [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, al-Bazzar, Abu Ya’la dalam Musnadnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6571].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman