Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Dan sekiranya mereka menunjukkan seekor daripada lembu-lembu dengan menyembelihnya

Teks Bahasa Arab

عن أبي هريرة رضي الله عنه - قال رسول الله صلي الله غليه وسلم: (لولا أن بني إسرائيل قالوا: {وإنا إن شاء الله لمهتدون} ؛ ما أعطوا أبدا، ولو أنهم اعترضوا بقرة من البقر فذبحوها؛ لأجزأت عنهم، ولكن شددوا فشدد الله عليهم) .

Teks Bahasa Melayu

Kalaulah bukan kerana Bani Israel berkata: “Dan kami insyaAllah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu).” [Al-Baqarah: 70], walhal mereka tidak memberikan langsung (mereka tidak membawa lembu untuk disembelih). Dan sekiranya mereka menunjukkan seekor daripada lembu-lembu dengan menyembelihnya nescaya tindakan mereka betul (mengikut perintah Allah), tetapi mereka menyusahkan, lalu Allah menyusahkan ke atas mereka.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1537, hadis no. 7806. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

( منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه - قال رسول الله صلي الله غليه وسلم: (لولا أن بني إسرائيل قالوا: {وإنا إن شاء الله لمهتدون} ؛ ما أعطوا أبدا، ولو أنهم اعترضوا بقرة من البقر فذبحوها؛ لأجزأت عنهم، ولكن شددوا فشدد الله عليهم) . [ابن مردويه، البزار-مختصرا-، ((الضعيفة)) 5555]

(Munkar) Daripada Abi Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW berkata: “Kalaulah bukan kerana Bani Israel berkata: “Dan kami insyaAllah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu).” [Al-Baqarah: 70], walhal mereka tidak memberikan langsung (mereka tidak membawa lembu untuk disembelih). Dan sekiranya mereka menunjukkan seekor daripada lembu-lembu dengan menyembelihnya nescaya tindakan mereka betul (mengikut perintah Allah), tetapi mereka menyusahkan, lalu Allah menyusahkan ke atas mereka.” [Riwayat Ibn Mardawayh dan al-Bazzar secara ringkas. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5555]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.