Dan pada malam Khamis, solat sebanyak dua rakaat

TEKS BAHASA ARAB

وليلة الخميس ركعتان بآية الكرسي والإخلاص والمعوذتين خمسا خمسا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dan pada malam Khamis, solat sebanyak dua rakaat dengan membaca ayat Kursi, Surah al-Ikhlas dan al-Mu’awwizatain (Surah al-Falaq dan al-Nas) sebanyak lima kali.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جدا.

Hadith ini adalah hadith daif jiddan (tersangat lemah).

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs