Dan ia akan diberi minum dari air danur

TEKS BAHASA ARAB

في قوله تعالى : (({ويسقى من ماء صديد يتجرعه}، قال: يقرب إلى فيه فيكرهه فإذا أدني منه شوى وجهه ووقعت فروة رأسه فإذا شربه قطع أمعاءه حتى تخرج من دبره، يقول الله: {وسقوا ماء حميما فقطع أمعاءهم}، ويقول: {وإن يستغيثوا يغاثوا بماء كالمهل يشوي الوجوه بئس الشراب})). [ت، ك، حم، طب، حل، ن في ((الكبرى))، ابن جرير، عبد الله بن أحمد في ((زوائد الزهد))، ابن أبي الدنيا في ((صفة النار))، البيهقي في ((البعث))، البغوي في ((التفسير)) و((شرح السنة))، ابن المبارك ((الضعيفة)) (6897)].

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Rasulullah SAW bersabda tentang firman Allah SWT) {Dan ia akan diberi minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka). Ia meminumnya dengan terpaksa.} [Ibrahim: 16-17] Baginda berkata: ((Didekatkan ke mulutnya dan dia akan membencinya. Apabila dia mendekatinya, terbakar wajahnya dan gugur kulit kepalanya, apabila dia meminumnya terputus ususnya sehingga ia keluar dari duburnya. Firman Allah: {Dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur}.[Muhammad: 15] Firman Allah: {Dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu.}

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1589, hadis nombor 8029. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- عن النبي -صلى الله عليه وسلم-: ((في قوله [تعالى] : {وَيُسْقَى مِنْ مَاءٍ صَدِيدٍ يَتَجَرَّعُهُ} [إبراهيم:16-17]، قَالَ: يُقَرَّبُ إِلَى فِيهِ فَيَكْرَهُهُ فَإِذَا أُدْنِيَ مِنْهُ شَوَى وَجْهَهُ وَوَقَعَتْ فَرْوَةُ رَأْسِهِ فَإِذَا شَرِبَهُ قَطَّعَ أَمْعَاءَهُ حَتَّى تَخْرُجَ مِنْ دُبُرِهِ، يَقُولُ اللَّهُ: {وَسُقُوا مَاءً حَمِيمًا فَقَطَّعَ أَمْعَاءَهُمْ} [محمد: 15]، وَيَقُولُ: {وَإِنْ يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاءٍ كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ بِئْسَ الشَّرَابُ} [الكهف: 29)).

(Lemah)
Daripada Abi Umamah RA: Daripada Nabi SAW: (((Rasulullah SAW bersabda tentang firman Allah SWT) {Dan ia akan diberi minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka). Ia meminumnya dengan terpaksa.} [Ibrahim: 16-17] Baginda berkata: ((Didekatkan ke mulutnya dan dia akan membencinya. Apabila dia mendekatinya, terbakar wajahnya dan gugur kulit kepalanya, apabila dia meminumnya terputus ususnya sehingga ia keluar dari duburnya. Firman Allah: {Dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur}.[Muhammad: 15] Firman Allah: {Dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu.}))
[Riwayat al-Tirmidhi dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam al-Kabir, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah,al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra, Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Zuhd, Ibn Abi Dunya dalam Sifat Neraka, al-Baihaqi dalam al-Ba'th, al-Baghawi dalam al-Tafsir dan Sharh al-Sunnah, dan Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6897)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs