Dan demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya

TEKS BAHASA ARAB

والذي نفسي بيده! لا يدخل الجنة إلا رحيم. قالوا: كلنا رحماء؟! قال: ليس برحمة أحدكم خويصته، حتى يرحم الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dan demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, tidak akan masuk ke dalam syurga melainkan orang yang penyayang.” Para sahabat telah bertanya: “Adakah kami semua golongan yang penyayang?” Baginda SAW telah menjawab: “Bukan rahmat salah seorang kamu kepada isterinya sehinggalah dia menyayangi orang ramai”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 92, hadis nombor 470. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الحسن، قال: قال نبي الله صلى الله عليه وسلم: والذي نفسي بيده! لا يدخل الجنة إلا رحيم. قالوا: كلنا رحماء؟! قال: ليس برحمة أحدكم خويصته، حتى يرحم الناس.
[المروزي في ((زوائد الزهد))، ((الضعيفة)) (4816)]

(Lemah)
Daripada al-Ḥasan telah berkata: “Nabi Allah SAW telah bersabda: “Dan demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, tidak akan masuk ke dalam syurga melainkan orang yang penyayang.” Para sahabat telah bertanya: “Adakah kami semua golongan yang penyayang?” Baginda SAW telah menjawab: “Bukan rahmat salah seorang kamu kepada isterinya sehinggalah dia menyayangi orang ramai”.
[Riwayat al-Marwazī dalam Zawā’id al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah,no. 4816]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs