Dan demi Tuhan yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya menghadapi malaikat maut lebih dahsyat daripada seribu pukulan pedang

TEKS BAHASA ARAB

احضروا موتاكم، ولقنوهم لا إله إلا الله، وبشروهم بالجنة، فإن الحليم من الرجال والنساء يتحيرون عند ذلك المصرع، وإن الشيطان لأقرب ما يكون عند ذلك المصرع، والذي نفسي بيده لمعاينة ملك الموت أشد من ألف ضربة بالسيف ، والذي نفسي بيده لا تخرج نفس عبد من الدنيا حتى يألم كل عرق منه على حياله

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadirlah kepada orang-orang yang sudah nazak di antara kamu dan ajarkan mereka bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan gembirakanlah mereka dengan syurga. Ini kerana, orang-orang yang baik daripada kalangan lelaki dan perempuan pun akan merasa bingung pada saat kematian itu. Sesungguhnya pada waktu ini syaitan berada sangat dekat dengan anak Adam. Dan demi Tuhan yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya menghadapi malaikat maut lebih dahsyat daripada seribu pukulan pedang. Demi Tuhan yang jiwaku di tangan-Nya, tidak akan keluar roh seseorang hamba itu dari dunia melainkan setiap uratnya akan merasa sakit.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1722, hadis nombor 8656. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن واثلة بن الأسقع -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((احضروا موتاكم، ولقنوهم لا إله إلا الله، وبشروهم بالجنة، فإن الحليم من الرجال والنساء يتحيرون عند ذلك المصرع، وإن الشيطان لأقرب ما يكون عند ذلك المصرع، والذي نفسي بيده لمعاينة ملك الموت أشد من ألف ضربة بالسيف ، والذي نفسي بيده لا تخرج نفس عبد من الدنيا حتى يألم كل عرق منه على حياله.)) [حل، ((الضعيفة)) (1448، 2083)].

(Lemah)
Daripada Wathilah bin al-Asqa’, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Hadirlah kepada orang-orang yang sudah nazak di antara kamu dan ajarkan mereka bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan gembirakanlah mereka dengan syurga. Ini kerana, orang-orang yang baik daripada kalangan lelaki dan perempuan pun akan merasa bingung pada saat kematian itu. Sesungguhnya pada waktu ini syaitan berada sangat dekat dengan anak Adam. Dan demi Tuhan yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya menghadapi malaikat maut lebih dahsyat daripada seribu pukulan pedang. Demi Tuhan yang jiwaku di tangan-Nya, tidak akan keluar roh seseorang hamba itu dari dunia melainkan setiap uratnya akan merasa sakit.))
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1448, 2083].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs