Dan demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, jika mereka mentaati Ali, sudah pasti mereka semua akan masuk ke dalam syurga beramai-ramai

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أما والذي نفسي بيده، لئن أطاعوه – يعني: عليا – ليدخلن الجنة أجمعين أكتعين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Demi jiwaku yang berada di genggaman-Nya. Jika mereka mentaatinya iaitu Ali, nescaya mereka semua akan masuk ke dalam syurga beramai-ramai dalam keadaan saling menggenggam tangan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 345-346, hadis nombor 46. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الطبراني عن ابن مسعود مرفوعا. وفي إسناده: مينا مولى عبد الرحمن ابن عوف، وليس بثقة، وقد اتهم بوضعه. وقد رواه الطبراني أيضا من غير طريقه وذكر قصة متعلقة بالاستخلاف له.
قال في اللآلىء: وقد يقوى هذا الحديث حديث علي رضي الله عنه. قال: قال لي رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: سألت الله أن يقدمك – ثلاثا – فأبى علي إلا تقديم أبي بكر. رواه الدارقطني في الأفراد.

Diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada Ibn Mas’ud secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Mina Maula Abdul Rahman bin Auf, tidak thiqah dan dituduh memalsukan hadith ini. Diriwayatkan juga oleh al-Tabarani bukan daripada jalannya lalu beliau menyebutkan kisah yang berkaitan dengan penggantian dirinya. Dia berkata dalam al-La’ali’: Hadith ini mungkin dikuatkan dengan hadith Ali RA, beliau berkata: Rasulullah berkata kepadaku: Aku telah meminta kepada Allah SWT agar mendahulukan kamu (sebanyak tiga kali) tetapi Ali enggan kecuali mendahulukan Abu Bakr. al-Daraqutni meriwayatkan dalam kitab al-Afrad.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs