Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أَمَا وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَئِنْ أَطَاعُوهُ - يَعْنِي: عَلِيًّا - لَيَدْخُلُنَّ الْجَنَّةَ أَجْمَعِينَ أَكْتَعِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Demi jiwaku yang berada di genggaman-Nya. Jika mereka mentaatinya iaitu Ali, nescaya mereka semua akan masuk ke dalam syurga beramai-ramai dalam keadaan saling menggenggam tangan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 345-346, hadis no. 46. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الطبراني عن ابن مسعود مرفوعا. وفي إسناده: مينا مولى عبد الرحمن ابن عوف، وليس بثقة، وقد اتهم بوضعه. وقد رواه الطبراني أيضا من غير طريقه وذكر قصة متعلقة بالاستخلاف له. قال في اللآلىء: وقد يقوى هذا الحديث حديث علي رضي الله عنه. قال: قال لي رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: سألت الله أن يقدمك - ثلاثا - فأبى علي إلا تقديم أبي بكر. رواه الدارقطني في الأفراد.
Diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada Ibn Mas’ud secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Mina Maula Abdul Rahman bin Auf, tidak thiqah dan dituduh memalsukan hadith ini. Diriwayatkan juga oleh al-Tabarani bukan daripada jalannya lalu beliau menyebutkan kisah yang berkaitan dengan penggantian dirinya. Dia berkata dalam al-Laali’: Hadith ini mungkin dikuatkan dengan hadith Ali RA, beliau berkata: Rasulullah berkata kepadaku: Aku telah meminta kepada Allah SWT agar mendahulukan kamu (sebanyak tiga kali) tetapi Ali enggan kecuali mendahulukan Abu Bakr. al-Daraqutni meriwayatkan dalam kitab al-Afrad.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman