Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Dan dalam Kitab al-Wajiz (karya al-Suyuti), kata ibn ‘Adi: Telah ditulis sejumlah dari Muhammad bin Muhammad al-Ash’ath

Teks Bahasa Arab

وَفِي ((الْوَجِيزِ)): قَالَ ابْنُ عَدِيٍّ: كُتِبَتْ جُمْلَةٌ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ مُحَمَّدٍ الأَشْعَثِ،عَنْ مُوسَى بْنِ إِسْمَاعِيلَ بْنِ مُوسَى بْنِ جَعْفَرٍ، عَنْ آبَائِهِ، إِلَى عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، رَفَعَهَا، إِذْ أَخْرَجَ إِلَيْنَا نُسْخَةً قَرِيبًا مِنْ أَلْفِ حَدِيثٍ عَنْ مُوسَى الْمَذْكُورِ عَنْ آبَائِهِ بِخَطٍّ طَرِيٍّ.

Teks Bahasa Melayu

Dan dalam Kitab al-Wajiz (karya al-Suyuti), kata ibn ‘Adi: Telah ditulis sejumlah dari Muhammad bin Muhammad al-Ash’ath dari Musa bin Isma’il bin Musa bin Ja’far dari bapa dari datuk moyangnya kepada Ali RA secara marfu’ (yakni dari nabi SAW). Ketika dia keluarkan kepada kami senaskah yang terdapat hampir seribu hadis dari Musa yang disebutkan dari bapa dari datuk moyangnya dengan tulisan halus.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 249, hadis no. 449. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

عامتها مناكير، قال الدارقطني: آية من آيات الله وضع ذلك الكتاب، يعني ((العلويات)). قال العسقلاني: وسماه: ((السنن))، وكله بسند واحد.منه: لا خيل أبقى من الدهم، ولا امرأة كابنة العم.

Kesemuanya munkar. Kata al-Daraqutni: Satu tanda dari tanda-tanda dari Allah ialah pemalsuan kitab tersebut yakni kitab al-’Alawiyat. Kata al-Asqalani: dan dia telah namakan kitab itu Kitab al-Sunan dan semuanya dengan satu sanad, antaranya “Tiada kuda yang lebih tinggal lama dari kuda hitam” dan “Tiada perempuan seperti sepupu perempuan (anak perempuan bapa saudara).

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.