Mawdu'

30/06/2024

minit bacaan



Dan berikanlah kepada kerabatmu

Teks Bahasa Arab

لما نزلت {وَآتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ} دعا رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فاطمةَ فأعطاها فَدَكَ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila turun ayat ini: {Dan berikanlah kepada kerabatmu.} [al-Isra’: 26] Rasulullah SAW memanggil Fatimah lalu diberikan kepadanya (tanah di) Fadak.

Sahabat Perawi

  1. Abu Said RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Mawdu'

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1593, hadis no. 8046. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن أبي سعيد قال: (لما نزلت هذه الآية: {وآتِ ذا القُربى حقَّه}، دعا رسول الله صلى الله عليه وسلم فاطمة فأعطاها فدك). [البزار، ((الضعيفة)) (6570)].

(Palsu) Daripada Abu Said RA berkata: Apabila turun ayat ini: {Dan berikanlah kepada kerabatmu.} [al-Isra’: 26] Rasulullah SAW memanggil Fatimah lalu diberikan kepadanya (tanah di) Fadak. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6570].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.