Dan begitu juga Solat Asyura dan Solat Ragha’ib

TEKS BAHASA ARAB

وكذا صلاة عاشوراء، وصلاة الرغائب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dan begitu juga Solat Asyura dan Solat Ragha’ib.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 259, hadis nombor 464. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع بالاتفاق. وكذا صلاة ليالي رجب، وليلة السابع والعشرين من رجب، وليلة النصف من شعبان مئة ركعة، في كل ركعة عشر مرات بالإخلاص، ولا تغتر بذكرها في ((القوت)) و((الإحياء)) ولا بذكر الثعلبي لها في(( تفسيره)).

Palsu disepakati ulama. Dan begitu juga solat pada malam-malam di bulan Rejab, malam kedua puluh tujuh dari bulan Rejab dan pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat dalam setiap rakaat, sepuluh kali surah al-Ikhlas. Dan janganlah kamu terperdaya dengan penyebutannya di dalam kitab al-Qut dan kitab Ihya. Dan juga jangan terperdaya dengan sebutan al-Tha’labi tentangnya dalam kitab tafsirnya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs