Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Dalam Taurat, surah al-Kahfi disebut sebagai "Pendinding"

Teks Bahasa Arab

سورةُ الكهفِ تُدْعَى في التوراةِ: الحائلةُ؛ تَحُولُ بينَ قارئِها وبينَ النارِ.

Teks Bahasa Melayu

Dalam Taurat, surah al-Kahfi disebut sebagai "Pendinding" kerana ia menjadi pendinding antara pembacanya dan api neraka.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1457, hadis no. 7415. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((سورة الكهف تدعى في التوراة: الحائلة؛ تحول بين قارئها وبين النار)). [هب، الرافعي، ((الضعيفة)) (3259)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Dalam Taurat, surah al-Kahfi disebut sebagai "Pendinding" kerana ia menjadi pendinding antara pembacanya dan api neraka. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman, al-Rafi'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3259]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.