Dalam satu bulan akan ada 7 hari yang malang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث ابن عباس: حيث قال في قوله تعالى (أيام نحسات) الأيام كلها خلق الله بعضها سعود، وبعضها نحوس، وما من شهر إلا وفيه سبعة أيام نحسات. إلى أن قال: يوم الأربعاء إذا كان آخر الشهر فذاك يوم نحس مستمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith Ibn Abbas: Ketika mana beliau berkata tentang firman Allah “Hari yang nahas malang”. Hari-hari itu Allah ciptakan sebahagiannya baik dan sebahagiannya malang. Dalam satu bulan akan ada tujuh hari yang malang. Sehingga dia menyebut: Jika hari Rabu yang terakhir dalam setiap bulan maka itulah hari malang yang berpanjangan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 438, hadis nombor 26. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حجر: هذا كذب على ابن عباس لا تحل روايته.

Ibn Hajar berkata: Ini adalah pendustaan terhadap Ibn Abbas, tidak boleh diriwayatkan hadis ini.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.