Dalam kitabullah 'Azza wa Jalla terdapat lapan ayat al-Quran untuk penyakit 'ain

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

في كتاب الله – عز وجل – ثماني آيات للعين، لا يقرأها عبد في دار فيصيبهم ذلك اليوم عين إنس أو جن: فاتحة الكتاب سبع آيات، وآية الكرسي آية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dalam kitabullah ‘Azza wa Jalla terdapat lapan ayat al-Quran untuk penyakit ‘ain, tidaklah seseorang hamba itu membaca di dalam rumah mereka lalu mereka terkena ‘ain manusia mahupun jin pada hari tersebut, (iaitu) Surah al-Fatihah tujuh ayat dan ayatul Kursi satu ayat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1183, hadis nombor 5999. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عمران – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((في كتاب الله – عز وجل – ثماني آيات للعين، لا يقرأها عبد في دار فيصيبهم ذلك اليوم عين إنس أو جن: فاتحة الكتاب سبع آيات، وآية الكرسي آية)). [فر، ((الضعيفة)) (5911)]

(Munkar) Daripada ‘Imran RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Dalam kitabullah ‘Azza wa Jalla terdapat lapan ayat al-Quran untuk penyakit ‘ain, tidaklah seseorang hamba itu membaca di dalam rumah mereka lalu mereka terkena ‘ain manusia mahupun jin pada hari tersebut, (iaitu) Surah al-Fatihah tujuh ayat dan ayatul Kursi satu ayat. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5911]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.