Dalam kalangan umat terdahulu terdapat seorang lelaki yang disebut sebagai Muwarriq dan beliau merupakan seorang yang kuat beribadah

TEKS BAHASA ARAB

كان فيمن سلف من الأمم رجل يقال له مورق، فكان متعبداً، فبينا هو قائم في صلاته؛ ذكر النساء، فاشتهاهن، وانتشر حتى قطع صلاته، فغضب، فأخذ قوسه، فقطع وتره فعقده بخصيتيه وشده إلى عقبيه، ثم مد رجليه فانتزعها، ثم أخذ طمريه ونعليه حتى أتى أرضاً لا أنيس بها ولا وحش، فاتخذ عريشاً، ثم قام يصلي. فجعل كلما أصبح؛ انصدعت له الأرض، فخرج له خارج منها معه إناء فيه طعام؛ فيأكل حتى يشبع، ثم يدخل، فيخرج بإناء فيه شراب؛ فيشرب حتى يروى، ثم يدخل، فتلتئم الأرض، فإذا أمسى؛ فعل مثل ذلك. قال: ومرّ أناس قريباً منه، فأتاه رجلان من القوم، فمرا عليه تحت الليل، فسألاه عن قصدهما؟ فسمت لها بيده، قال: هذا قصدكما -حيث يريدان -. فسارا غير بعيد، قال أحدهما: هذا الرجل هنا بأرض لا أنيس بها ولا وحش؟ لو رجعنا إليه؛ حتى تعلم علمه، قال: فرجعنا إليه فقالا له: يا عبدالله! ما يقيمك بهذا المكان لا أنيس بها ولا وحش؟! قال: امضيا لشأنكما ودعاني. فأبيا وألحا عليه، قال: فإني مخبركما على أن من كتمه علي منكما؛ أكرمه الله في الدنيا والآخرة، ومن أظهر علي منكما؛ أهانه الله في الدنيا والآخرة، قالا: نعم. قال: فنزلا، فلما أصبحا؛ خرج الخارج من الأرض مثل الذي كان يخرج من الطعام ومثليه . فأكلوا حتى شبعوا، ثم دخل فخرج إليهم بشراب في إناء مثل الذي كان يخرج به كل يوم ومثليه معه؛ فشربوا حتى رووا، ثم دخل فالتأمت الأرض. قال: فنظر أحدهما إلى صاحبه فقال: ما يعجلنا؟ هذا طعام وشراب وقد علمنا سمتنا من الأرض، امكث إلى العشاء! فمكثا، فخرج إليهم من الطعام والشراب مثل الذي خرج أول النهار، فقال أحدهما لصاحبه: امكث بنا حتى نصبح. فمكثا، فلا أصبحوا؛ خرج إليها مثل ذلك. ثم ركبا فانطلقا، فأما أحدهما؛ فلزم باب الملك حتى كان من خاصته وسماره، وأما الآخر؛ فأقبل على تجارته وعمله. وكان ذلك الملك لا يكذب أحد في زمانه من أهل مملكته كذبة يعرف بها إلا صلبه. فبينا هم ذات ليلة في السمر يحدثونه مما رأوا من العجائب؛ أنشأ ذلك الرجل يحدث فقال: ألا أحدثك أيها الملك! بحديث ما سمعت أعجب منه قط؟ فحدث بحديث ذلك الرجل الذي رأى من أمره. قال الملك: ما سمعتُ بكذب قط أعظم من هذا، والله! لتأتيني على ما قلت ببينة أو لأصلبنك. قال: بينتي فلان. قال: رضاء؛ ائتوني به. فلما أتاه؛ قال الملك: إن هذا يزعم أنكما مررتُما برجل ثم كان من أمره كذا وكذا؟ قال الرجل: أيها الملك! أولست تعلم أن هذا كذب، وهذا ما لا يكون، ولو أني حدثتك بهذا؛ لكان عليك من الحق أن تصلبني عليه؟ قال: صدقت وبررت، فأدخل الرجل الذي كتم عليه في خاصته وسماره، وأمر بالآخر فصلب. فقال رسول اللہ ﷺ: فأما الذي كتم عليه منهما؛ فقد أكرمه الله في الدنيا والآخرة. وأما الذي أظهر عليه منهما؛ فقد أهانه الله في الدنيا، وهو مهينه في الآخرة». ثم نظر بكر بن عبد الله إلى ثمامة بن عبد الله بن أنس فقال: يا أبا المثنى! أسمعت جدك يحدث هذا عن رسول اللہ ﷺ؟ قال: نعم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dalam kalangan umat dahulu terdapat seorang lelaki yang disebut sebagai Muwarriq, dan beliau merupakan seorang yang kuat beribadah. Ketika beliau sedang berdiri di dalam solat, beliau teringat akan wanita, lalu timbul rasa syahwat kepada mereka. Dan (perasaan itu) berterusan sehingga dia memberhentikan solatnya. Lalu dia berasa marah dan mengambil busurnya. Lalu beliau memotong tali dan mengikatnya pada dua telurnya lalu mengetatkannya sehingga ke tumit. Kemudian dia melunjurkan kedua kakinya lalu menarik keduanya. Kemudian beliau mengambil pakaian dan seliparnya sehingga beliau sampai ke sebuah kawasan yang tidak ada teman padanya dan tidak ada binatang buas. Lalu beliau membuat bumbung untuk berteduh, kemudian bangun dan mendirikan solat. Dan dia melakukan perkara tersebut setiap pagi. Tiba-tiba tanah itu terbelah dan ada seseorang yang keluar daripadanya dengan membawa bersamanya bekas yang berisi makanan. Lalu dia pun makan sehingga kenyang dan kemudian masuk semula. Kemudian dia keluar dengan bekas yang berisi minuman, lalu dia minum sehingga hilang dahaganya. Kemudian dia masuk kembali, dan tanah itu pun bercantum semula. Apabila sampai waktu petang, orang itu pun melakukan perkara yang sama.” Baginda SAW telah bersabda: “Maka orang ramai pun lalu berhampiran dengannya. Ada dua orang lelaki daripada kaum itu datang kepadanya dan keduanya itu melaluinya pada waktu malam dan bertanya kepadanya tentang arah tujuan mereka berdua. Lalu dia (Muwarriq) pun menunjukkan jalan keduanya dengan tangannya. Dan dia telah berkata: “Inilah jalan kamu berdua ke arah mereka berdua ingin pergi.” Maka keduanya pun berjalan tidak jauh daripada situ. Salah seorang mereka telah berkata: “Lelaki ini berada di tempat yang tidak ada teman padanya dan tidak ada binatang buas. Seandainya kita kembali kepadanya sehingga kita mengetahui ilmunya.” Baginda SAW telah bersabda: “Maka mereka berdua telah pulang semula ke arahnya dan bertanya kepadanya: “Wahai hamba Allah, apakah yang menempatkan kamu di tempat yang tidak ada teman padanya dan tidak ada binatang buas padanya ini?” Dia (Muwarriq) telah berkata: “Teruskanlah kamu dengan urusan kamu dan tinggalkanlah aku.” Lalu keduanya enggan dan terus memujuknya. Kemudian Muwarriq telah berkata: “Sesungguhnya aku akan memberi tahu kepada kamu berdua bahawa sesiapa yang menyembunyikannya tentang aku daripada kamu berdua, maka Allah SWT akan memuliakannya di dunia dan di akhirat. Manakala sesiapa yang menceritakannya tentang aku daripada kamu berdua, maka Allah SWT akan menghinakannya di dunia dan juga di akhirat.” Keduanya telah berkata: “Baiklah.” Baginda SAW telah bersabda: “Maka keduanya pun menetap di situ. Ketika keesokan paginya, seseorang telah keluar daripada perut bumi sama seperti yang mengeluarkan makanan bersamanya. Lalu mereka pun makan sehingga mereka kenyang. Kemudian ia keluar lagi dan membawa kepada mereka air di dalam bekas sama seperti yang keluar pada setiap hari. Lalu mereka pun minum sehingga hilang dahaga. Kemudian dia masuk semula dan bumi pun bercantum.” Baginda SAW telah bersabda: “Salah seorang mereka memandang ke arah sahabatnya lalu berkata: “Apa yang menyebabkan kita kelam kabut? Ini adalah makanan dan minuman dan kita telah tahu jalan kita. Kekallah sehingga ke waktu Isyak.” Lalu mereka pun kekal di situ. Maka keluarlah kepada mereka makanan dan minum sama seperti yang keluar pada siang hari tadi. Salah seorang mereka telah berkata: “Menetaplah kita di sini sehingga waktu pagi.” Lalu mereka pun tinggal di situ. Apabila waktu pagi, keluarlah kepada mereka berdua seperti itu. Kemudian keduanya pun berangkat pulang. Adapun salah seorang mereka melazimi pintu seorang raja, sehingga dia menjadi orang khasnya serta teman berbualnya. Manakala yang seorang lagi menumpukan kepada perniagaan serta pekerjaannya. Dan raja tersebut tidak ada seorang pun dari kalangan penduduk pada zamannya yang menipunya, kemudian baginda mengetahuinya, melainkan akan menyalib orang itu. Ketika mana mereka pada suatu malam sedang berjaga, mereka menceritakan kepadanya apa yang telah mereka lihat dari perkara-perkara ajaib. Maka lelaki itu tadi pun mula bercerita, dan telah berkata: “Hendakkah kamu wahai raja, patik bercerita kepada Tuanku dengan satu kisah yang Tuanku tidak pernah mendengar tentang sesuatu yang lebih ajaib daripadanya?” Maka dia pun menceritakan tentang seorang lelaki yang dia telah melihat keadaannya itu. Raja pun telah berkata: “Tidak pernah sekali pun Beta mendengar satu pembohongan yang lebih dahsyat daripada ini. Demi Allah, hendaklah kamu mendatangkan bukti terhadap apa yang telah kamu ceritakan atau tidak, nescaya Beta akan menyalib kamu.” Beliau telah berkata: “Bukti patik adalah si Polan.” Raja telah bertitah: “Baiklah, bawa dia datang.” Ketika lelaki itu datang, raja telah bertanya: “Sesungguhnya orang ini mendakwa bahawa kamu berdua telah melalui seorang lelaki, kemudian keadaannya adalah begini dan begini?” Kemudian lelaki itu telah berkata: “Wahai raja, tidakkah Tuanku mengetahui bahawa hal ini adalah satu pembohongan, dan ini merupakan suatu perkara yang tidak berlaku. Sekiranya patik menceritakan kepadamu tentang hal ini, maka menjadi hak ke atas Tuanku untuk menyalib diriku disebabkannya.” Raja telah berkata: “Betul apa yang kamu katakan.” Lalu lelaki yang menyembunyikan perkara ini dilantik sebagai orang yang istimewa serta teman berbualnya, manakala diarahkan kepada yang seorang lagi itu untuk disalib.” Maka Rasulullah SAW telah bersabda: “Adapun individu yang menyembunyikan perkara itu, maka Allah SWT telah memuliakannya di dunia dan di akhirat. Manakala lelaki yang menceritakan tentangnya, maka Allah SWT telah menghinakannya di dunia dan di akhirat. Dan Dia yang menghinakannya di akhirat.” Kemudian Bakr ibn ‘Abdullah memandang ke arah Thumāmah ibn ‘Abdullah ibn Anas, lalu berkata: Wahai Abū al-Muthannā, adakah kamu telah mendengar datuk kamu menceritakan perkara ini daripada Rasulullah SAW? Beliau telah berkata: Ya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 130, hadis nombor 659. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله ﷺ: كان فيمن سلف من الأمم رجل يقال له مورق، فكان متعبداً، فبينا هو قائم في صلاته؛ ذكر النساء، فاشتهاهن، وانتشر حتى قطع صلاته، فغضب، فأخذ قوسه، فقطع وتره فعقده بخصيتيه وشده إلى عقبيه، ثم مد رجليه فانتزعها، ثم أخذ طمريه ونعليه حتى أتى أرضاً لا أنيس بها ولا وحش، فاتخذ عريشاً، ثم قام يصلي. فجعل كلما أصبح؛ انصدعت له الأرض، فخرج له خارج منها معه إناء فيه طعام؛ فيأكل حتى يشبع، ثم يدخل، فيخرج بإناء فيه شراب؛ فيشرب حتى يروى، ثم يدخل، فتلتئم الأرض، فإذا أمسى؛ فعل مثل ذلك. قال: ومرّ أناس قريباً منه، فأتاه رجلان من القوم، فمرا عليه تحت الليل، فسألاه عن قصدهما؟ فسمت لها بيده، قال: هذا قصدكما -حيث يريدان -. فسارا غير بعيد، قال أحدهما: هذا الرجل هنا بأرض لا أنيس بها ولا وحش؟ لو رجعنا إليه؛ حتى تعلم علمه، قال: فرجعنا إليه فقالا له: يا عبدالله! ما يقيمك بهذا المكان لا أنيس بها ولا وحش؟! قال: امضيا لشأنكما ودعاني. فأبيا وألحا عليه، قال: فإني مخبركما على أن من كتمه علي منكما؛ أكرمه الله في الدنيا والآخرة، ومن أظهر علي منكما؛ أهانه الله في الدنيا والآخرة، قالا: نعم. قال: فنزلا، فلما أصبحا؛ خرج الخارج من الأرض مثل الذي كان يخرج من الطعام ومثليه . فأكلوا حتى شبعوا، ثم دخل فخرج إليهم بشراب في إناء مثل الذي كان يخرج به كل يوم ومثليه معه؛ فشربوا حتى رووا، ثم دخل فالتأمت الأرض. قال: فنظر أحدهما إلى صاحبه فقال: ما يعجلنا؟ هذا طعام وشراب وقد علمنا سمتنا من الأرض، امكث إلى العشاء! فمكثا، فخرج إليهم من الطعام والشراب مثل الذي خرج أول النهار، فقال أحدهما لصاحبه: امكث بنا حتى نصبح. فمكثا، فلا أصبحوا؛ خرج إليها مثل ذلك. ثم ركبا فانطلقا، فأما أحدهما؛ فلزم باب الملك حتى كان من خاصته وسماره، وأما الآخر؛ فأقبل على تجارته وعمله. وكان ذلك الملك لا يكذب أحد في زمانه من أهل مملكته كذبة يعرف بها إلا صلبه. فبينا هم ذات ليلة في السمر يحدثونه مما رأوا من العجائب؛ أنشأ ذلك الرجل يحدث فقال: ألا أحدثك أيها الملك! بحديث ما سمعت أعجب منه قط؟ فحدث بحديث ذلك الرجل الذي رأى من أمره. قال الملك: ما سمعتُ بكذب قط أعظم من هذا، والله! لتأتيني على ما قلت ببينة أو لأصلبنك. قال: بينتي فلان. قال: رضاء؛ ائتوني به. فلما أتاه؛ قال الملك: إن هذا يزعم أنكما مررتُما برجل ثم كان من أمره كذا وكذا؟ قال الرجل: أيها الملك! أولست تعلم أن هذا كذب، وهذا ما لا يكون، ولو أني حدثتك بهذا؛ لكان عليك من الحق أن تصلبني عليه؟ قال: صدقت وبررت، فأدخل الرجل الذي كتم عليه في خاصته وسماره، وأمر بالآخر فصلب. فقال رسول اللہ ﷺ: فأما الذي كتم عليه منهما؛ فقد أكرمه الله في الدنيا والآخرة. وأما الذي أظهر عليه منهما؛ فقد أهانه الله في الدنيا، وهو مهينه في الآخرة». ثم نظر بكر بن عبد الله إلى ثمامة بن عبد الله بن أنس فقال: يا أبا المثنى! أسمعت جدك يحدث هذا عن رسول اللہ ﷺ؟ قال: نعم. [طس، الضعيفة (6342)].

(Munkar) Daripada Anas ibn Mālik RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Dalam kalangan umat dahulu terdapat seorang lelaki yang disebut sebagai Muwarriq, dan beliau merupakan seorang yang kuat beribadah. Ketika beliau sedang berdiri di dalam solat, beliau teringat akan wanita, lalu timbul rasa syahwat kepada mereka. Dan (perasaan itu) berterusan sehingga dia memberhentikan solatnya. Lalu dia berasa marah dan mengambil busurnya. Lalu beliau memotong tali dan mengikatnya pada dua telurnya lalu mengetatkannya sehingga ke tumit. Kemudian dia melunjurkan kedua kakinya lalu menarik keduanya. Kemudian beliau mengambil pakaian dan seliparnya sehingga beliau sampai ke sebuah kawasan yang tidak ada teman padanya dan tidak ada binatang buas. Lalu beliau membuat bumbung untuk berteduh, kemudian bangun dan mendirikan solat. Dan dia melakukan perkara tersebut setiap pagi. Tiba-tiba tanah itu terbelah dan ada seseorang yang keluar daripadanya dengan membawa bersamanya bekas yang berisi makanan. Lalu dia pun makan sehingga kenyang dan kemudian masuk semula. Kemudian dia keluar dengan bekas yang berisi minuman, lalu dia minum sehingga hilang dahaganya. Kemudian dia masuk kembali, dan tanah itu pun bercantum semula. Apabila sampai waktu petang, orang itu pun melakukan perkara yang sama.” Baginda SAW telah bersabda: “Maka orang ramai pun lalu berhampiran dengannya. Ada dua orang lelaki daripada kaum itu datang kepadanya dan keduanya itu melaluinya pada waktu malam dan bertanya kepadanya tentang arah tujuan mereka berdua. Lalu dia (Muwarriq) pun menunjukkan jalan keduanya dengan tangannya. Dan dia telah berkata: “Inilah jalan kamu berdua ke arah mereka berdua ingin pergi.” Maka keduanya pun berjalan tidak jauh daripada situ. Salah seorang mereka telah berkata: “Lelaki ini berada di tempat yang tidak ada teman padanya dan tidak ada binatang buas. Seandainya kita kembali kepadanya sehingga kita mengetahui ilmunya.” Baginda SAW telah bersabda: “Maka mereka berdua telah pulang semula ke arahnya dan bertanya kepadanya: “Wahai hamba Allah, apakah yang menempatkan kamu di tempat yang tidak ada teman padanya dan tidak ada binatang buas padanya ini?” Dia (Muwarriq) telah berkata: “Teruskanlah kamu dengan urusan kamu dan tinggalkanlah aku.” Lalu keduanya enggan dan terus memujuknya. Kemudian Muwarriq telah berkata: “Sesungguhnya aku akan memberi tahu kepada kamu berdua bahawa sesiapa yang menyembunyikannya tentang aku daripada kamu berdua, maka Allah SWT akan memuliakannya di dunia dan di akhirat. Manakala sesiapa yang menceritakannya tentang aku daripada kamu berdua, maka Allah SWT akan menghinakannya di dunia dan juga di akhirat.” Keduanya telah berkata: “Baiklah.” Baginda SAW telah bersabda: “Maka keduanya pun menetap di situ. Ketika keesokan paginya, seseorang telah keluar daripada perut bumi sama seperti yang mengeluarkan makanan bersamanya. Lalu mereka pun makan sehingga mereka kenyang. Kemudian ia keluar lagi dan membawa kepada mereka air di dalam bekas sama seperti yang keluar pada setiap hari. Lalu mereka pun minum sehingga hilang dahaga. Kemudian dia masuk semula dan bumi pun bercantum.” Baginda SAW telah bersabda: “Salah seorang mereka memandang ke arah sahabatnya lalu berkata: “Apa yang menyebabkan kita kelam kabut? Ini adalah makanan dan minuman dan kita telah tahu jalan kita. Kekallah sehingga ke waktu Isyak.” Lalu mereka pun kekal di situ. Maka keluarlah kepada mereka makanan dan minum sama seperti yang keluar pada siang hari tadi. Salah seorang mereka telah berkata: “Menetaplah kita di sini sehingga waktu pagi.” Lalu mereka pun tinggal di situ. Apabila waktu pagi, keluarlah kepada mereka berdua seperti itu. Kemudian keduanya pun berangkat pulang. Adapun salah seorang mereka melazimi pintu seorang raja, sehingga dia menjadi orang khasnya serta teman berbualnya. Manakala yang seorang lagi menumpukan kepada perniagaan serta pekerjaannya. Dan raja tersebut tidak ada seorang pun dari kalangan penduduk pada zamannya yang menipunya, kemudian baginda mengetahuinya, melainkan akan menyalib orang itu. Ketika mana mereka pada suatu malam sedang berjaga, mereka menceritakan kepadanya apa yang telah mereka lihat dari perkara-perkara ajaib. Maka lelaki itu tadi pun mula bercerita, dan telah berkata: “Hendakkah kamu wahai raja, patik bercerita kepada Tuanku dengan satu kisah yang Tuanku tidak pernah mendengar tentang sesuatu yang lebih ajaib daripadanya?” Maka dia pun menceritakan tentang seorang lelaki yang dia telah melihat keadaannya itu. Raja pun telah berkata: “Tidak pernah sekali pun Beta mendengar satu pembohongan yang lebih dahsyat daripada ini. Demi Allah, hendaklah kamu mendatangkan bukti terhadap apa yang telah kamu ceritakan atau tidak, nescaya Beta akan menyalib kamu.” Beliau telah berkata: “Bukti patik adalah si Polan.” Raja telah bertitah: “Baiklah, bawa dia datang.” Ketika lelaki itu datang, raja telah bertanya: “Sesungguhnya orang ini mendakwa bahawa kamu berdua telah melalui seorang lelaki, kemudian keadaannya adalah begini dan begini?” Kemudian lelaki itu telah berkata: “Wahai raja, tidakkah Tuanku mengetahui bahawa hal ini adalah satu pembohongan, dan ini merupakan suatu perkara yang tidak berlaku. Sekiranya patik menceritakan kepadamu tentang hal ini, maka menjadi hak ke atas Tuanku untuk menyalib diriku disebabkannya.” Raja telah berkata: “Betul apa yang kamu katakan.” Lalu lelaki yang menyembunyikan perkara ini dilantik sebagai orang yang istimewa serta teman berbualnya, manakala diarahkan kepada yang seorang lagi itu untuk disalib.” Maka Rasulullah SAW telah bersabda: “Adapun individu yang menyembunyikan perkara itu, maka Allah SWT telah memuliakannya di dunia dan di akhirat. Manakala lelaki yang menceritakan tentangnya, maka Allah SWT telah menghinakannya di dunia dan di akhirat. Dan Dia yang menghinakannya di akhirat.” Kemudian Bakr ibn ‘Abdullah memandang ke arah Thumāmah ibn ‘Abdullah ibn Anas, lalu berkata: Wahai Abū al-Muthannā, adakah kamu telah mendengar datuk kamu menceritakan perkara ini daripada Rasulullah SAW? Beliau telah berkata: Ya. [Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6342)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs