Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Dalam kalangan sekalian hamba, ada hamba-hamba yang Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat

Teks Bahasa Arab

مِنَ العِبادِ عِبادٌ لا يُكَلِّمُهُمُ اللهُ يومَ القيامةِ، ولا يُزَكِّيهِمْ، ولا يُطَهِّرُهُمْ، ولا يَنْظُرْ إليهِم: المُتَبَرِّئُ مِنْ والِدَيْه رَغْبَةً عنهما، والمُتَبَرِّئُ مِنْ ولَدِه، ورجلٌ أَنْعَمَ عليه قومٌ فَكَفَر نِعمتَهم وتَبَرَّأَ منهم.

Teks Bahasa Melayu

Dalam kalangan sekalian hamba, ada hamba-hamba yang Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, Dia tidak akan membersihkan mereka, Dia tidak akan menyucikan mereka, dan Dia tidak akan memandang kepada mereka, iaitu: Orang yang berlepas diri dari kedua ibu bapanya kerana tidak sukakan mereka berdua, orang yang berlepas dari anaknya, dan seorang lelaki yang mana suatu kaum mengurniakan nikmat ke atasnya lalu dia mengingkari nikmat mereka dan berlepas diri dari mereka.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1987, hadis no. 9951. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من العباد عباد لا يكلمهم الله يوم القيامة، ولا يزكيهم، ولا يطهرهم، ولا ينظر إليهم: المتبرئ من والديه رغبة عنهما، والمتبرئ من ولده، ورجل أنعم عليه قوم فكفر نعمتهم وتبرأ منهم)). [ابن وهب، ((الضعيفة)) (1941)]

(Lemah) Daripada Mu‘ādh RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dalam kalangan sekalian hamba, ada hamba-hamba yang Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, Dia tidak akan membersihkan mereka, Dia tidak akan menyucikan mereka, dan Dia tidak akan memandang kepada mereka, iaitu: Orang yang berlepas diri dari kedua ibu bapanya kerana tidak sukakan mereka berdua, orang yang berlepas dari anaknya, dan seorang lelaki yang mana suatu kaum mengurniakan nikmat ke atasnya lalu dia mengingkari nikmat mereka dan berlepas diri dari mereka. [Riwayat Ibn Wahb dalam al-Jāmi‘. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1941]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.