Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فيكمُ النبوةُ والمملكةُ.
Teks Bahasa Melayu
Dalam kalangan kalian ada kenabian dan kerajaan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1932, hadis no. 9691. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله قال: أن النبي ﷺ قال للعباس: فيكم النبوةُ والمملكةُ. [الداني في ((الفتن))، عد، ابن عساكر، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6472)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi SAW bersabda kepada al-Abbas: Dalam kalangan kalian ada kenabian dan kerajaan. [Riwayat al-Dani dalam al-Fitan, Ibn Adi, Ibn Asakir dan Ibn al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6472]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman