Dalam firman Allah: “Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata)

TEKS BAHASA ARAB

في قوله تعالى: (لا تدركه الأبصار وهو يدرك الأبصار)؛ قال: لو أن الجن والإنس والشياطين والملائكة منذ خلقوا إلى أن فنوا صفوا صفاً واحداً ما أحاطوا بالله أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dalam firman Allah: “Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata).” [al-An’am: 103], Baginda bersabda: Sekiranya semua jin, manusia, syaitan dan malaikat dari sejak mereka diciptakan membuat satu barisan untuk mengelilingi Allah, maka mereka semua sama sekali tidak akan dapat mengelilingi-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1510, hadis nombor 7685. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((في قوله تعالى: (لا تدركه الأبصار وهو يدرك الأبصار)؛ قال: لو أن الجن والإنس والشياطين والملائكة منذ خلقوا إلى أن فنوا صفوا صفاً واحداً ما أحاطوا بالله أبدا.)) [ابن أبي حاتم، (الضعيفة)) (5376)].

(Lemah)
Daripada Abu Said al-Khudri RA: Daripada Rasulullah SAW: ((Dalam firman Allah: “Ia (Allah) tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata).” [al-An’am: 103], Baginda bersabda: ((Sekiranya semua jin, manusia, syaitan dan malaikat dari sejak mereka diciptakan membuat satu barisan untuk mengelilingi Allah, maka mereka semua sama sekali tidak akan dapat mengelilingi-Nya.))
[Riwayat Ibnu Abi Hatim. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5376].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs