Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فِي قَوْلِهِ تَعَالَى: (لَا تُدْرِكُهُ الأبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الأبْصَارَ)؛ قَالَ: لَوْ أَنَّ الجِنَّ وَالْإِنْسَ وَالشَّيَاطِيْنَ وَالْمَلَائِكَةَ مُنْذُ خُلِقُوا إِلَى أَنْ فَنُوا صَفُّوا صَفًا وَاحِدًا مَا أَحَاطُوا بِاللهِ أَبَدًا.
Teks Bahasa Melayu
Dalam firman Allah: “Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata).” [al-An’am: 103], Baginda bersabda: Sekiranya semua jin, manusia, syaitan dan malaikat dari sejak mereka diciptakan membuat satu barisan untuk mengelilingi Allah, maka mereka semua sama sekali tidak akan dapat mengelilingi-Nya.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1510, hadis no. 7685. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- عن رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((في قوله تعالى: (لا تدركه الأبصار وهو يدرك الأبصار)؛ قال: لو أن الجن والإنس والشياطين والملائكة منذ خلقوا إلى أن فنوا صفوا صفاً واحداً ما أحاطوا بالله أبدا.)) [ابن أبي حاتم، (الضعيفة)) (5376)].
(Lemah) Daripada Abu Said al-Khudri RA: Daripada Rasulullah SAW: ((Dalam firman Allah: “Ia (Allah) tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata).” [al-An’am: 103], Baginda bersabda: ((Sekiranya semua jin, manusia, syaitan dan malaikat dari sejak mereka diciptakan membuat satu barisan untuk mengelilingi Allah, maka mereka semua sama sekali tidak akan dapat mengelilingi-Nya.)) [Riwayat Ibnu Abi Hatim. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5376].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman