Dalam firman Allah: {Diberi minum daripada air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka). Ia meminumnya dengan terpaksa}

TEKS BAHASA ARAB

في قوله -تعالى-: {ويسقى من ماء صديد يتجرعه} [إبراهيم: ١٦-١٧]؛ قال: يقرب إلى فيه فيكرهه، فإذا أدني منه؛ ‌شوى ‌وجهه، ووقعت فروة رأسه، فإذا شرب؛ قطع أمعاءه حتى تخرج من دبره، يقول الله: {وسقوا ماء حميما فقطع أمعاءهم} [محمد: ١٥]، ويقول: {وإن يستغيثوا يغاثوا بماء كالمهل يشوي الوجوه بئس الشراب} [الكهف: ٢٩].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dalam firman Allah: {Diberi minum daripada air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka). Ia meminumnya dengan terpaksa} [Surah Ibrahim ayat 16-17]. Baginda bersabda: Ia didekatkan dengan mulutnya namun dia membencinya, apabila didekatkan padanya, terbakarlah wajahnya, dan jatuhlah kulit kepalanya. Jika dia meminumnya, terputuslah usus-ususnya sehingga keluar dari duburnya. Allah berfirman: {Mereka diberi minum dari air yang menggelegak lalu isi perut mereka hancur} [Surah Muhammad ayat 15]. Allah berfirman lagi: {Jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka, amatlah buruk minuman itu} [Surah al-Kahf ayat 29].

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 699, hadis nombor 3584. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم: ((في قوله -تعالى-: {ويسقى من ماء صديد يتجرعه} [إبراهيم: ١٦-١٧]؛ قال: يقرب إلى فيه فيكرهه، فإذا أدني منه؛ ‌شوى ‌وجهه، ووقعت فروة رأسه، فإذا شرب؛ قطع أمعاءه حتى تخرج من دبره، يقول الله: {وسقوا ماء حميما فقطع أمعاءهم} [محمد: ١٥]، ويقول: {وإن يستغيثوا يغاثوا بماء كالمهل يشوي الوجوه بئس الشراب} [الكهف: ٢٩])). [ت، النسائي في ((الكبرى))، ك، ابن جرير، حم، عبد الله بن أحمد في ((زوائد الزهد))، ابن أبي الدنيا في ((صفة النار))، طب، حل، البيهقي في ((البعث))، البغوي في ((التفسير)) و((شرح السنة))، ((الضعيفة)) (٦٨٩٧)]

(Lemah) Daripada Abū Umāmah RA daripada Nabi SAW: Dalam firman Allah: {Diberi minum daripada air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka). Ia meminumnya dengan terpaksa} [Surah Ibrahim ayat 16-17]. Baginda bersabda: Ia didekatkan dengan mulutnya namun dia membencinya, apabila didekatkan padanya, terbakarlah wajahnya, dan jatuhlah kulit kepalanya. Jika dia meminumnya, terputuslah usus-ususnya sehingga keluar dari duburnya. Allah berfirman: {Mereka diberi minum dari air yang menggelegak lalu isi perut mereka hancur} [Surah Muhammad ayat 15]. Allah berfirman lagi: {Jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka, amatlah buruk minuman itu} [Surah al-Kahf ayat 29]. [Riwayat al-Tirmidhī dalam al-Sunan, al-Nasāi dalam al-Sunan al-Kubrā, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Ibn Jarīr dalam Tafsirnya, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, ‘Abdullah bin Aḥmad dalam Zawāid al-Zuhd, Ibn Abī al-Dunyā dalam Ṣifat al-Nār, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, al-Baihaqī dalam al-Ba‘th, al-Baghawī dalam al-Tafsīr dan Syarḥ al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6897]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs