Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
في قولِه -تعالى-: {وَيُسْقَى مِنْ مَاءٍ صَدِيدٍ يَتَجَرَّعُهُ} [إبراهيم: ١٦-١٧]؛ قال: يُقَرَّبُ إلى فيهِ فيكرهُهُ، فإذا أُدْنِيَ منهُ؛ شَوَى وجهَه، ووقعتْ فروةُ رأسِه، فإذا شربَ؛ قَطَّعَ أمعاءَه حتى تخرجَ من دُبُرِهِ، يقولُ اللهُ: {وَسُقُوا مَاءً حَمِيمًا فَقَطَّعَ أَمْعَاءَهُمْ} [محمد: ١٥]، ويقولُ: {وَإِنْ يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاءٍ كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ بِئْسَ الشَّرَابُ} [الكهف: ٢٩].
Teks Bahasa Melayu
Dalam firman Allah: {Diberi minum daripada air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka). Ia meminumnya dengan terpaksa} [Surah Ibrahim ayat 16-17]. Baginda bersabda: Ia didekatkan dengan mulutnya namun dia membencinya, apabila didekatkan padanya, terbakarlah wajahnya, dan jatuhlah kulit kepalanya. Jika dia meminumnya, terputuslah usus-ususnya sehingga keluar dari duburnya. Allah berfirman: {Mereka diberi minum dari air yang menggelegak lalu isi perut mereka hancur} [Surah Muhammad ayat 15]. Allah berfirman lagi: {Jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka, amatlah buruk minuman itu} [Surah al-Kahf ayat 29].
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 699, hadis no. 3584. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abū Umāmah RA daripada Nabi SAW: Dalam firman Allah: {Diberi minum daripada air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka). Ia meminumnya dengan terpaksa} [Surah Ibrahim ayat 16-17]. Baginda bersabda: Ia didekatkan dengan mulutnya namun dia membencinya, apabila didekatkan padanya, terbakarlah wajahnya, dan jatuhlah kulit kepalanya. Jika dia meminumnya, terputuslah usus-ususnya sehingga keluar dari duburnya. Allah berfirman: {Mereka diberi minum dari air yang menggelegak lalu isi perut mereka hancur} [Surah Muhammad ayat 15]. Allah berfirman lagi: {Jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka, amatlah buruk minuman itu} [Surah al-Kahf ayat 29]. [Riwayat al-Tirmidhī dalam al-Sunan, al-Nasāi dalam al-Sunan al-Kubrā, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Ibn Jarīr dalam Tafsirnya, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, ‘Abdullah bin Aḥmad dalam Zawāid al-Zuhd, Ibn Abī al-Dunyā dalam Ṣifat al-Nār, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, al-Baihaqī dalam al-Ba‘th, al-Baghawī dalam al-Tafsīr dan Syarḥ al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6897]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman