Dalam Bani Israel ada dua orang saudara yang merupakan raja kepada dua buah bandar

TEKS BAHASA ARAB

كان في بني إسرائيل أخوان ملكان على مدينتين، وكان أحدهما بارا برحمه، عادلا على رعيته، وكان الآخر عاقا برحمه، جائرا على رعيته، وكان في عصرهما نبي، فأوحى الله إلى ذلك النبي: إنه قد بقي من عمر هذا البار ثلاث سنين، وبقي من عمر العاق ثلاثون سنة، فأخبر النبي رعية هذا ورعية هذا، فأحزن ذلك رعية العادل، وأحزن ذلك رعية الجائر، ففرقوا بين الأمهات والأطفال، وتركوا الطعام والشراب، وخرجوا إلى الصحراء يدعون الله تعالى أن يمتعهم بالعادل، ويزيل عنهم الجائر؛ فأقاموا ثلاثا، فأوحى الله إلى ذلك النبي: أن أخبر عبادي أني قد رحمتهم، وأجبت دعاءهم، فجعلت ما بقي من عمر البار لذلك الجائر، وما بقي من عمر الجائر لهذا البار. فرجعوا إلى بيوتهم، ومات العاق لتمام ثلاث سنين، وبقي العادل فيهم ثلاثين سنة، ثم تلا رسول الله صلى الله عليه وسلم: {وما يعمر من معمر ولا ينقص من عمره إلا في كتاب إن ذلك على الله يسير}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dalam Bani Israel ada dua orang saudara yang merupakan raja kepada dua buah bandar. Salah seorang daripada mereka sangat baik dengan saudara maranya, adil kepada rakyatnya. Manakala salah seorang lagi derhaka kepada saudara maranya, zalim kepada rakyatnya. Dan pada zaman mereka berdua ada seorang nabi, lalu Allah mewahyukan kepada nabi itu: Bahawa umur yang berbaki bagi raja yang baik ini tiga tahun, dan umur raja yang jahat ini 30 tahun. Lalu Nabi menceritakan kepada kedua-dua rakyat tersebut. Lalu rakyat kepada raja yang adil ini bersedih, rakyat kepada raja yang zalim juga bersedih. Lalu mereka memisahkan antara ibu-ibu dan anaknya, dan meninggalkan makanan dan minuman, lalu mereka keluar ke padang pasir berdoa kepada Allah supaya memanjangkan umur raja yang adil, menjauhkan mereka daripada raja yang zalim, lalu mereka mendiami selama tiga hari. Kemudian Allah mewahyukan kepada nabi itu: Supaya mengkhabarkan kepada hamba-hambaku bahawa aku telah merahmati mereka, dan menjawab doa mereka, lalu aku menjadikan umur raja yang baik kepada raja yang jahat, kemudian umur raja yang jahat kepada raja yang baik itu. Lalu mereka pulang ke rumah mereka, kemudian raja yang jahat meninggal dunia selepas tiga tahun, lalu raja yang baik hidup untuk 30 tahun, kemudian Rasulullah SAW membaca: {Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja bagi Allah}.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 843, hadis nombor 4326. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((كان في بني إسرائيل أخوان ملكان على مدينتين، وكان أحدهما بارا برحمه، عادلا على رعيته، وكان الآخر عاقا برحمه، جائرا على رعيته، وكان في عصرهما نبي، فأوحى الله إلى ذلك النبي: إنه قد بقي من عمر هذا البار ثلاث سنين، وبقي من عمر العاق ثلاثون سنة، فأخبر النبي رعية هذا ورعية هذا، فأحزن ذلك رعية العادل، وأحزن ذلك رعية الجائر، ففرقوا بين الأمهات والأطفال، وتركوا الطعام والشراب، وخرجوا إلى الصحراء يدعون الله تعالى أن يمتعهم بالعادل، ويزيل عنهم الجائر؛ فأقاموا ثلاثا، فأوحى الله إلى ذلك النبي: أن أخبر عبادي أني قد رحمتهم، وأجبت دعاءهم، فجعلت ما بقي من عمر البار لذلك الجائر، وما بقي من عمر الجائر لهذا البار. فرجعوا إلى بيوتهم، ومات العاق لتمام ثلاث سنين، وبقي العادل فيهم ثلاثين سنة، ثم تلا رسول الله صلى الله عليه وسلم: {وما يعمر من معمر ولا ينقص من عمره إلا في كتاب إن ذلك على الله يسير})).
[أبو الحسن بن معروف، الخطيب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5040)].

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dalam Bani Israel ada dua orang saudara yang merupakan raja kepada dua buah bandar. Salah seorang daripada mereka sangat baik dengan saudara maranya, adil kepada rakyatnya. Manakala salah seorang lagi derhaka kepada saudara maranya, zalim kepada rakyatnya. Dan pada zaman mereka berdua ada seorang nabi, lalu Allah mewahyukan kepada nabi itu: Bahawa umur yang berbaki bagi raja yang baik ini tiga tahun, dan umur raja yang jahat ini 30 tahun. Lalu Nabi menceritakan kepada kedua-dua rakyat tersebut. Lalu rakyat kepada raja yang adil ini bersedih, rakyat kepada raja yang zalim juga bersedih. Lalu mereka memisahkan antara ibu-ibu dan anaknya, dan meninggalkan makanan dan minuman, lalu mereka keluar ke padang pasir berdoa kepada Allah supaya memanjangkan umur raja yang adil, menjauhkan mereka daripada raja yang zalim, lalu mereka mendiami selama tiga hari. Kemudian Allah mewahyukan kepada nabi itu: Supaya mengkhabarkan kepada hamba-hambaku bahawa aku telah merahmati mereka, dan menjawab doa mereka, lalu aku menjadikan umur raja yang baik kepada raja yang jahat, kemudian umur raja yang jahat kepada raja yang baik itu. Lalu mereka pulang ke rumah mereka, kemudian raja yang jahat meninggal dunia selepas tiga tahun, lalu raja yang baik hidup untuk 30 tahun, kemudian Rasulullah SAW membaca: {Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja bagi Allah}.
[Riwayat Abū al-Ḥasan bin Ma’rūf, al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5040]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs