Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يؤتى بمداد طالب العلم يوم القيامة ودم الشهداء، فيوزنان؛ فلا يفضل هذا على هذا، ولا هذا على هذا.
Teks Bahasa Melayu
Dakwat yang digunakan oleh penuntut ilmu dan darah orang yang mati syahid dihadirkan pada hari kiamat, lalu kedua-duanya ditimbang. Yang ini tidak melebihi yang ini dan yang ini juga tidak melebihi yang ini.
Sahabat Perawi
- Uqbah Bin Amir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 992, hadis no. 5108. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Uqbah bin Amir RA daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Dakwat yang digunakan olehpenuntut ilmu dan darah para syuhada dihadirkan pada hari kiamat, lalu kedua-duanya ditimbang. Yang ini tidak melebihi yang ini dan yang ini juga tidak melebihi yang ini. [Riwayat al-Rafi’i. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3300].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman