TEKS BAHASA ARAB
حديث: مداد العلماء أفضل من دم الشهيد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Dakwat pena para ulama lebih baik daripada darah orang yang mati syahid.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 287, hadis nombor 53. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال في المقاصد: هو من قول الحسن البصري. ورواه ابن عبد البر عن أبي الدرداء مرفوعا بلفظ: يوزن يوم القيامة مداد العلماء ودم الشهداء.
وروى الخطيب عن ابن عمر: وزن حبر العلماء ودم الشهداء فرجح عليهم. وفي إسناده: متهم بالوضع. وروى: نقطة من دواة عالم أحب إلى الله من عرق مائة ثوب شهيد. قال في الذيل: موضوع.
Al-Sakhawi berkata dalam al-Maqasid: Ia merupakan kata-kata al-Hasan al-Basri Ibn Abdil Bar meriwayatkan daripada Abi Darda secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dengan lafaz: Ditimbang pada hari kiamat dakwat ulama’ dan darah syuhada.
Al-Khatib meriwayatkan daripada Ibn Umar: Dakwat para ulama’ dan darah syuhada ditimbang, maka lebih berat lagi dakwat para ulama. Pada sanadnya ada perawi yang dituduh mereka hadith. Dalam riwayat yang lain: Satu titik dakwat seorang alim lebih dicintai Allah daripada peluh seratus baju orang yang mati syahid. Dalam az-Zail disebutkan: palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.