Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya

30/06/2024

minit bacaan



Dakwat para ulama ditimbang dengan darah para syuhada

Teks Bahasa Arab

وُزِنَ حِبرُ العُلماءِ بدمِ الشُّهداءِ فرجحَ عليهِم.

Teks Bahasa Melayu

Dakwat para ulama ditimbang dengan darah para syuhada. Maka dakwat para ulama lebih berat timbangannya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وللخطيب عَن ابْن عمر «وزن حبر الْعلمَاء بِدَم الشُّهَدَاء فرجح عَلَيْهِم» وَفِي سَنَده مُحَمَّد بن جَعْفَر الْمُتَّهم بِالْوَضْعِ لكنه متابع.

al-Khatib al-Baghdadi juga meriwayatkan daripada Ibn ‘Umar: “Dakwat para ulama ditimbang dengan darah para syuhada. Maka dakwat para ulama lebih berat timbangannya.” Dalam sanadnya terdapat Muhammad bin Ja’far. Beliau ialah seorang perawi yang dituduh sebagai pendusta. Akan tetapi riwayatnya dijadikan sebagai riwayat sokongan.

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.