Dajal pasti akan menemui suatu kumpulan seperti kamu atau lebih baik berbanding kamu

TEKS BAHASA ARAB

ليدركن الدجال قوما مثلكم أو خيرا منكم (ثلاث مرات) ، ولن يخزي الله أمة أنا أولها، وعيسى ابن مريم آخرها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dajal pasti akan menemui suatu kumpulan seperti kamu atau lebih baik berbanding kamu (sebanyak tiga kali), dan Allah tidak akan memalukan suatu umat, iaitu aku yang terawal dan ‘Isa Ibn Maryam yang terakhir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1356, hadis nombor 6918. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جبير بن نفير، قال: لما اشتد جزع أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم على من قتل يوم مؤتة؛ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ليدركن الدجال قوما مثلكم أو خيرا منكم (ثلاث مرات)، ولن يخزي الله أمة أنا أولها، وعيسى ابن مريم آخرها.
[ك، ((الضعيفة)) (5099، 5211)]

(Lemah)
Daripada Jubair bin Nufair, telah berkata: Ketika bersangatan sedih para sahabat Rasulullah SAW terhadap orang-orang yang dibunuh pada hari Mu’tah, Rasulullah SAW bersabda: Dajal pasti akan menemui suatu kumpulan seperti kamu atau lebih baik berbanding kamu (sebanyak tiga kali), dan Allah tidak akan memalukan suatu umat, iaitu aku yang terawal dan ‘Isa Ibn Maryam yang terakhir.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5099, 5211]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs