TEKS BAHASA ARAB
لقد أكل الطعام، ومشى في الأسواق. يعني: الدجال.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya dia makan makanan dan berjalan di pasar, yakni al-Dajjal.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1338, hadis nombor 6840. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عمران بن الحصين رضي الله عنه مرفوعا: لقد أكل الطعام، ومشى في الأسواق. يعني: الدجال.
[حم، البزار، طب، الحميدي، الآجري، ((الضعيفة)) (4313)]
(Lemah)
Daripada ‘Imran bin al-Husain RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya dia makan makanan dan berjalan di pasar, yakni al-Dajjal.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Humaidi, al-A'juri. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4313]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.