Dahulunya Rasulullah SAW sering berpuasa pada hari Sabtu dan Ahad lebih banyak dibandingkan pada hari-hari lainnya

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله ﷺ يصوم يوم السبت ويوم الأحد، أكثر مما يصوم من الأيام، ويقول: إنهما عيد المشركين، فأنا أحب أن أخالفهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dahulunya Rasulullah SAW sering berpuasa pada hari Sabtu dan Ahad lebih banyak dibandingkan pada hari-hari lainnya, dan beliau SAW mengatakan bahawa keduanya adalah hari raya orang musyrik dan aku ingin menyelisihi mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1132, hadis nombor 5712. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أم سلمة -رضي الله عنها-، قالت: «كان رسول الله ﷺ يصوم يوم السبت ويوم الأحد، أكثر مما يصوم من الأيام، ويقول: إنهما عيد المشركين، فأنا أحب أن أخالفهم».
[حم، ابن خزيمة، حب، ك، هق، «الضعيفة» (1099)].

(Lemah)
Daripada Ummu Salamah RA beliau berkata: “Dahulunya Rasulullah SAW sering berpuasa pada hari Sabtu dan Ahad lebih banyak dibandingkan pada hari-hari lainnya, dan beliau SAW mengatakan bahawa keduanya adalah hari raya orang musyrik dan aku ingin menyelisihi mereka.”
[Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad, Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban dalam Sahih Ibn Hibban, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1099].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs