Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Dahulunya Nabi SAW apabila bermusafir dan tibanya malam

Teks Bahasa Arab

كَانَ إِذَا سَافَرَ فَأَقْبَلَ اللَّيْلُ قَالَ: يَا أَرْضُ رَبِّي وَرَبُّكِ اللَّهُ ، أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّكِ ، وَشَرِّ مَا فِيكِ ، وَشَرِّ مَا خُلِقَ فِيكِ ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَدِبُّ عَلَيْكِ ، وَأَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ أَسَدٍ وَأَسْوَدَ ، وَمِنْ الْحَيَّةِ وَالْعَقْرَبِ ، وَمِنْ سَاكِنِ الْبَلَدِ ، وَمِنْ وَالِدٍ وَمَا وَلَدَ.

Teks Bahasa Melayu

Dahulunya Nabi SAW apabila bermusafir dan tibanya malam. Baginda berkata: Wahai bumi! Tuhanku dan Tuhanmu Allah, aku memohon perlindungan dengan Allah daripada keburukanmu, keburukan yang ada padamu, keburukan apa yang diciptakan padamu dan keburukan yang berjalan di atasmu. Aku memohon perlindungan dengan Allah daripada singa dan sesuatu yang hitam, daripada ular dan kala jengking, daripada penghuni negeri serta daripada orang yang melahirkan serta apa yang dilahirkan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1491-1492, hadis no. 7604. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر بن الخطاب قال: كان إذا سافر فأقبل الليل؛ قال: يا أرض! ربي وربك الله، أعوذ بالله من شرك، وشر ما فيك، وشر ما خلق فيك، ومن شر ما يدب عليك، وأعوذ بالله من أسد وأسود، ومن الحية والعقرب، ومن ساكن البلد، ومن والد وما ولد. [ د، ن في ((عمل اليوم واليلة))، ابن خزيمة، البغوي، حم، ((الضعيفة))(4837))].

(Lemah) Daripada Abdullah bin Umar al-Khattab RA, beliau berkata: “Dahulunya Nabi SAW apabila bermusafir dan tibanya malam. Baginda berkata: Wahai bumi! Tuhanku dan Tuhanmu Allah, aku memohon perlindungan dengan Allah daripada keburukanmu, keburukan yang ada padamu, keburukan apa yang diciptakan padamu dan keburukan yang berjalan di atasmu. Aku memohon perlindungan dengan Allah daripada singa dan sesuatu yang hitam, daripada ular dan kala jengking, daripada penghuni negeri serta daripada orang yang melahirkan serta apa yang dilahirkan.” [Riwayat Abi Daud, al-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah, Ibn Khuzaimah, al-Baghawi, dan Ahmad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4837]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.