Dahulukan orang yang terbaik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قدموا أخياركم تزكوا صلاتكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dahulukan orang yang terbaik dalam kalangan kalian, maka solat kalian akan menjadi baik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 40. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

للديلمي مرفوعا، وللحاكم والطبراني بسند ضعيف بلفظ «إن سركم أن تقبل صلاتكم فليؤمكم خياركم» وروي «علماؤكم فإنه وفدكم فيما بينكم وبين ربكم» وما وقع في هداية الحنفية بلفظ «من صلى خلف عالم تقي فكأنما صلى خلف نبي» فلم أقف عليه بهذا اللفظ.

Ia diriwayatkan oleh al-Dailami secara marfu’. Ia juga diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Tabarani dengan sanad yang lemah dengan lafaz:
“Sesungguhnya tanda keikhlasan adalah diterima solat kalian. Maka orang yang terbaik dalam kalangan kalian perlu menjadi imam.”
Diriwayatkan:
“Yang menjadi imam kalian adalah ulama kalian. Ini kerana dia ialah duta antara kalian dan antara Tuhan kalian.”
Di dalam kitab al-Hidayah disebut dengan lafaz:
“Sesiapa yang menunaikan solat di belakang orang yang alim lagi bertakwa seakan-akan dia menunaikan solat di belakang Nabi.”
Aku tidak menemui asal bagi lafaz ini.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.