Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قدمُوا أخياركم تزكوا صَلَاتكُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Dahulukan orang yang terbaik dalam kalangan kalian, maka solat kalian akan menjadi baik.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 40. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia diriwayatkan oleh al-Dailami secara marfu’. Ia juga diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Tabarani dengan sanad yang lemah dengan lafaz: “Sesungguhnya tanda keikhlasan adalah diterima solat kalian. Maka orang yang terbaik dalam kalangan kalian perlu menjadi imam.” Diriwayatkan: “Yang menjadi imam kalian adalah ulama kalian. Ini kerana dia ialah duta antara kalian dan antara Tuhan kalian.” Di dalam kitab al-Hidayah disebut dengan lafaz: “Sesiapa yang menunaikan solat di belakang orang yang alim lagi bertakwa seakan-akan dia menunaikan solat di belakang Nabi.” Aku tidak menemui asal bagi lafaz ini.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman