Dahulu terdapat seseorang daripada sahabat baginda SAW, daripada kalangan al-Ansar

TEKS BAHASA ARAB

كان رجل من أصحابه صلى الله عليه وسلم من الأنصار يكنى (أبا معلق)، وكان تاجرا، يتجر بمال له ولغيره، يضرب به في الآفاق، وكان ناسكا ورعا، فخرج مرة، فلقيه لص مقنع في السلاح، فقال له: ضع ما معك؛ فإني قاتلك! قال: ما تريد إلى دمي؟ شأنك بالمال. قال: أما المال؛ فلي، ولست أريد إلا دمك. قال: أما إذا أبيت؛ فذرني أصلي أربع ركعات. قال: صل ما بدا لك فتوضأ، ثم صلى أربع ركعات، فكان من دعائه في آخر سجدة أن قال: يا ودود! يا ذا العرش المجيد! يا فعال لما يريد! أسألك بعزك الذي لا يرام، وملكك الذي لا يضام، وبنورك الذي ملأ أركان عرشك، أن تكفيني شر هذا اللص، يا مغيث أغثني! (ثلاث مرات). قال: دعا بها ثلاث مرات، فإذا هو بفارس قد أقبل بيده حربة واضعها بين أذني فرسه، فلما بصر به اللص أقبل نحوه، فطعنه، فقتله. ثم أقبل إليه، فقال: قم. قال: من أنت بأبي أنت وأمي؟ فقد أغاثني الله بك اليوم. قال: أنا ملك من السماء الرابعة، دعوت بدعائك الأول، فسمعت لأبواب السماء قعقعة، ثم دعوت بدعائك الثاني، فسمعت لأهل السماء ضجة، ثم دعوت بدعائك الثالث؛ فقيل لي: دعاء مكروب. فسألت الله أن يوليني قتله. قال أنس: فاعلم أنه من توضأ، وصلى أربع ركعات، ودعا بهذا الدعاء؛ استجيب له، مكروبا كان، أو غير مكروب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dahulu terdapat seseorang daripada sahabat baginda SAW, daripada kalangan al-Ansar, yang digelar Abu Mi‘laq. Beliau merupakan seorang saudagar yang berniaga dengan hartanya dan harta orang lain, beliau berpergian dengan harta itu ke serata tempat. Beliau juga seorang yang banyak beribadah dan warak. Suatu ketika, beliau pernah bermusafir lalu terserempak dengan seorang perompak bersenjata. Perompak tersebut berkata: “Letakkan apa yang ada bersamamu, kerana aku akan membunuhmu!” Abu Mi’laq berkata: “Apa yang kamu mahu daripada darahku (nyawaku)? Urusanmu adalah harta ini.” Perompak tersebut menjawab: “Adapun harta itu, memang milikku. Tidaklah yang aku mahu melainkan nyawamu.” Abu Mi’laq berkata: “Jika kamu enggan (melepaskan nyawaku), maka biarkanlah aku solat empat rakaat.” Perompak tersebut berkata: “Solatlah sesuka hatimu.” Lalu beliau pun berwuduk kemudian menunaikan solat empat rakaat. Antara doanya pada sujudnya yang terakhir itu adalah: “Wahai Maha Pengasih! Wahai Pemilik Arasy Yang Maha Mulia! Wahai Yang Maha Berkuasa melakukan segala yang dikehendaki-Nya! Aku memohon dengan kemuliaan-Mu yang tidak tercapai, dengan kerajaan-Mu yang tidak terbendung, dengan cahaya-Mu yang memenuhi tiang-tiang Arasy-Mu, agar Engkau selamatkan aku daripada kejahatan perompak ini. Wahai Maha Pemberi Bantuan bantulah aku!” (tiga kali). Perawi berkata: Beliau mengucapkan doa itu sebanyak tiga kali. Tiba-tiba muncul seorang pahlawan berkuda dan pada tangannya ada sebilah pisau yang diletakkan di antara kedua telinga kudanya. Apabila perompak itu melihatnya menuju ke arahnya, pahlawan itu menikamnya lantas membunuhnya. Kemudian, pahlawan tersebut berpaling ke arah saudagar itu. Lalu berkata: Bangunlah. Saudagar itu bertanya: “Siapakah kamu? Sungguh Allah telah membantuku melalui kamu.” Dia berkata: “Aku adalah malaikat daripada langit keempat. Ketika kamu berdoa dengan doamu yang pertama, lalu didengari bunyi gemertak pada pintu-pintu langit. Kemudian kamu berdoa dengan doamu yang kedua, lalu didengari bunyi teriak oleh penduduk langit. Kemudian kamu berdoa dengan doamu yang ketiga, lalu dikatakan kepadaku: Itu doa orang yang sedang tersepit. Lalu aku meminta kepada Allah untuk memberi aku kuasa membunuhnya.” Anas berkata: Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang berwuduk lalu solat empat rakaat dan berdoa dengan doa ini, nescaya dikabulkan doanya, sama ada dalam kesempitan atau bukan dalam kesempitan.

STATUS

Palsu, terserlah rekaan dan kepalsuannya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1911 hadis nombor 9598. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع لوائح الوضع والصنع عليه ظاهرة)
عن أنس – رضي الله عنه -، قال: كان رجل من أصحابه صلى الله عليه وسلم من الأنصار يكنى (أبا معلق)، وكان تاجرا، يتجر بمال له ولغيره، يضرب به في الآفاق، وكان ناسكا ورعا، فخرج مرة، فلقيه لص مقنع في السلاح، فقال له: ضع ما معك؛ فإني قاتلك! قال: ما تريد إلى دمي؟ شأنك بالمال. قال: أما المال؛ فلي، ولست أريد إلا دمك. قال: أما إذا أبيت؛ فذرني أصلي أربع ركعات. قال: صل ما بدا لك فتوضأ، ثم صلى أربع ركعات، فكان من دعائه في آخر سجدة أن قال: يا ودود! يا ذا العرش المجيد! يا فعال لما يريد! أسألك بعزك الذي لا يرام، وملكك الذي لا يضام، وبنورك الذي ملأ أركان عرشك، أن تكفيني شر هذا اللص، يا مغيث أغثني! (ثلاث مرات). قال: دعا بها ثلاث مرات، فإذا هو بفارس قد أقبل بيده حربة واضعها بين أذني فرسه، فلما بصر به اللص أقبل نحوه، فطعنه، فقتله. ثم أقبل إليه، فقال: قم. قال: من أنت بأبي أنت وأمي؟ فقد أغاثني الله بك اليوم. قال: أنا ملك من السماء الرابعة، دعوت بدعائك الأول، فسمعت لأبواب السماء قعقعة، ثم دعوت بدعائك الثاني، فسمعت لأهل السماء ضجة، ثم دعوت بدعائك الثالث؛ فقيل لي: دعاء مكروب. فسألت الله أن يوليني قتله. قال أنس: فاعلم أنه من توضأ، وصلى أربع ركعات، ودعا بهذا الدعاء؛ استجيب له، مكروبا كان، أو غير مكروب.
[ابن أبي الدنيا في ((مجابي الدعوة))، ((الضعيفة)) (5737)]

(Palsu, terserlah rekaan dan kepalsuannya)
Daripada Anas RA, dia menceritakan: Dahulu terdapat seseorang daripada sahabat baginda SAW, daripada kalangan al-Ansar, yang digelar Abu Mi‘laq. Beliau merupakan seorang saudagar yang berniaga dengan hartanya dan harta orang lain, beliau berpergian dengan harta itu ke serata tempat. Beliau juga seorang yang banyak beribadah dan warak. Suatu ketika, beliau pernah bermusafir lalu terserempak dengan seorang perompak bersenjata. Perompak tersebut berkata: “Letakkan apa yang ada bersamamu, kerana aku akan membunuhmu!” Abu Mi’laq berkata: “Apa yang kamu mahu daripada darahku (nyawaku)? Urusanmu adalah harta ini.” Perompak tersebut menjawab: “Adapun harta itu, memang milikku. Tidaklah yang aku mahu melainkan nyawamu.” Abu Mi’laq berkata: “Jika kamu enggan (melepaskan nyawaku), maka biarkanlah aku solat empat rakaat.” Perompak tersebut berkata: “Solatlah sesuka hatimu.” Lalu beliau pun berwuduk kemudian menunaikan solat empat rakaat. Antara doanya pada sujudnya yang terakhir itu adalah: “Wahai Maha Pengasih! Wahai Pemilik Arasy Yang Maha Mulia! Wahai Yang Maha Berkuasa melakukan segala yang dikehendaki-Nya! Aku memohon dengan kemuliaan-Mu yang tidak tercapai, dengan kerajaan-Mu yang tidak terbendung, dengan cahaya-Mu yang memenuhi tiang-tiang Arasy-Mu, agar Engkau selamatkan aku daripada kejahatan perompak ini. Wahai Maha Pemberi Bantuan bantulah aku!” (tiga kali). Perawi berkata: Beliau mengucapkan doa itu sebanyak tiga kali. Tiba-tiba muncul seorang pahlawan berkuda dan pada tangannya ada sebilah pisau yang diletakkan di antara kedua telinga kudanya. Apabila perompak itu melihatnya menuju ke arahnya, pahlawan itu menikamnya lantas membunuhnya. Kemudian, pahlawan tersebut berpaling ke arah saudagar itu. Lalu berkata: Bangunlah. Saudagar itu bertanya: “Siapakah kamu? Sungguh Allah telah membantuku melalui kamu.” Dia berkata: “Aku adalah malaikat daripada langit keempat. Ketika kamu berdoa dengan doamu yang pertama, lalu didengari bunyi gemertak pada pintu-pintu langit. Kemudian kamu berdoa dengan doamu yang kedua, lalu didengari bunyi teriak oleh penduduk langit. Kemudian kamu berdoa dengan doamu yang ketiga, lalu dikatakan kepadaku: Itu doa orang yang sedang tersepit. Lalu aku meminta kepada Allah untuk memberi aku kuasa membunuhnya.” Anas berkata: Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang berwuduk lalu solat empat rakaat dan berdoa dengan doa ini, nescaya dikabulkan doanya, sama ada dalam kesempitan atau bukan dalam kesempitan.
[Riwayat Ibn Abu Dunya dalam Mujabi al-Da’wah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5737]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs