Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ قَبْلَ أَنْ يَبْنِيَ الْمَسْجِدَ يُصَلّي إِلَى خشبة، فَلَمَّا بَنَى الْمَسْجِدَ بُنِيَ لَهُ مِحْرَابٌ، فَتَقَدَّمَ إِلَيْهِ، فَحَنّتِ الْخَشَبَةُ حَنِينَ الْبَعِيرِ، فَوَضَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَهُ عَلَيْهَا، فَسَكَنَتْ.
Teks Bahasa Melayu
Dahulu sebelum baginda membina masjid, baginda solat berhadapan sebatang kayu. Apabila masjid dibina, dibina sebuah mihrab untuk baginda, maka baginda mendekat kepada mihrab itu. Maka batang kayu tersebut merintih seperti rintihan unta, lalu Rasulullah ﷺ meletakkan tangannya di atas kayu tersebut lalu ia menjadi tenang.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Sa'd RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 324, hadis no. 1707. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن سهل بن سعد - رضي الله عنه -، قال: ((كان قبل أن يبني المسجد يصلّي إلى خشبة، فلما بنى المسجد بني له محراب، فتقدّم إليه، فحنّت الخشبة حنين البعير، فوضع رسول الله ﷺ يده عليها، فسكنت)). [طب، ((الضعيفة)) (5554)].
(Munkar) Daripada Sahl bin Sa‘d RA, dia telah berkata: Dahulu sebelum baginda membina masjid, baginda solat berhadapan sebatang kayu. Apabila masjid dibina, dibina sebuah mihrab untuk baginda, maka baginda mendekat kepada mihrab itu. Maka batang kayu tersebut merintih seperti rintihan unta, lalu Rasulullah ﷺ meletakkan tangannya di atas kayu tersebut lalu ia menjadi tenang. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5554].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman