Dahulu manusia mengunjungi Dawud AS kerana mereka menyangka

TEKS BAHASA ARAB

كان الناس يعودون داود، يظنون أن به مرضا وما به إلا شدة الخوف من الله تعالى

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dahulu manusia mengunjungi Dawud AS kerana mereka menyangka bahawa baginda dilanda penyakit. Tetapi tiada penyakit padanya melainkan ketakutan yang amat terhadap Allah SWT

 

STATUS

Palsu

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1662, hadis nombor 8392. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Tammam, Ibn Asakir, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan al-Dhiya’ dalam al-Ahadith wa al-Hikayat.

Ia dinilai palsu oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله


RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs