Dahulu ketika perang Badar, Utbah Bin Rabi'ah, Shaybah Bin Rabi'ah dan al-Walid Bin Utbah tampil ke hadapan

TEKS BAHASA ARAB

ما كان يوم بدر؛ برز عتبة وشيبة ابنا ربيعة والوليد بن عتبة، فخرج إليهم حمزة بن عبد المطلب وعلي بن أبي طالب وعبيدة بن الحارث فبرز شيبة لحمزة، فقال له شيبة: من أنت؟ فقال: أنا أسد الله ورسوله. قال: كفء كريم؛ فاختلفا ضربتين، فقتله حمزة. ثم برز الوليد لعلي فقال: من أنت؟ قال: ((أنا عبد الله وأخو رسوله)). فقتله علي. ثم برز عتبة لعبيدة بن الحارث، فقال عتبة: من أنت؟ قال: أنا الذي في الحلف. قال: كفء كريم، فاختلفا ضربتين أوهن كل منهما صاحبه، فأجاز حمزة وعلي على عتبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dahulu ketika perang Badar, Utbah Bin Rabi’ah, Shaybah Bin Rabi’ah dan Al-Walid Bin Utbah tampil ke hadapan. Hamzah Bin Abdul Muttalib, Ali Bin Abi Talib dan Ubaidah Bin Al-Harith pun tampil ke hadapan juga. Shaybah tampil di hadapan Hamzah, lalu berkata padanya: "Kau siapa?" Hamzah menjawab: "Aku singa Allah dan rasul-Nya. Shaybah berkata: "Lawan yang sesuai." Mereka saling bertukar dua pukulan dan Hamzah berjaya membunuh Shaybah. Al-Walid tampil di hadapan Ali, lalu berkata: "Kau siapa?" Ali menjawab: "Aku hamba Allah dan saudara kepada rasul-Nya." Lalu Ali membunuh Al-Walid. Utbah pula tampil ke hadapan Ubaydah Bin Harith, lalu berkata: "Kau siapa?" Ubaydah menjawab: "Aku seorang yang telah bersumpah." Mereka saling bertukar dua pukulan dan dua-dua berjaya mencederakan satu sama lain. Maka, Hamzah dan Ali pun bergabung mengalahkan Utbah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1861, hadis nombor 9388. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن البهيّ، قال: ما كان يوم بدر؛ برز عتبة وشيبة ابنا ربيعة والوليد بن عتبة، فخرج إليهم حمزة بن عبد المطلب وعلي بن أبي طالب وعبيدة بن الحارث فبرز شيبة لحمزة، فقال له شيبة: من أنت؟ فقال: أنا أسد الله ورسوله. قال: كفء كريم؛ فاختلفا ضربتين، فقتله حمزة. ثم برز الوليد لعلي فقال: من أنت؟ قال: ((أنا عبد الله وأخو رسوله)). فقتله علي. ثم برز عتبة لعبيدة بن الحارث، فقال عتبة: من أنت؟ قال: أنا الذي في الحلف. قال: كفء كريم، فاختلفا ضربتين أوهن كل منهما صاحبه، فأجاز حمزة وعلي على عتبة. [ابن سعد، ((الضعيفة)) (4950)]

(Lemah) Daripada al-Bahiy, beliau berkata: Dahulu ketika perang Badar, Utbah Bin Rabi’ah, Shaybah Bin Rabi’ah dan al-Walid Bin Utbah tampil ke hadapan. Hamzah Bin Abdul Muttalib, Ali Bin Abi Talib dan Ubaidah Bin al-Harith pun tampil ke hadapan juga. Shaybah tampil di hadapan Hamzah, lalu berkata padanya: "Kau siapa?" Hamzah menjawab: "Aku singa Allah dan rasul-Nya. Shaybah berkata: "Lawan yang sesuai." Mereka saling bertukar dua pukulan dan Hamzah berjaya membunuh Shaybah. Al-Walid tampil di hadapan Ali, lalu berkata: "Kau siapa?" Ali menjawab: "Aku hamba Allah dan saudara kepada rasul-Nya." Lalu Ali membunuh al-Walid. Utbah pula tampil ke hadapan Ubaydah Bin Harith, lalu berkata: "Kau siapa?" Ubaydah menjawab: "Aku seorang yang telah bersumpah." Mereka saling bertukar dua pukulan dan dua-dua berjaya mencederakan satu sama lain. Maka, Hamzah dan Ali pun bergabung mengalahkan Utbah. [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4950]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs