Dahulu, ketika kami sedang berada di sisi Nabi SAW, lalu ‘Ali bin Abi Talib datang

TEKS BAHASA ARAB

هلمَّ يا عمرُ! اجلِس حتَّى أخبرَكَ بغِنى الرَّبِّ عن صلاةِ أبي جحشٍ اللَّيثيِّ، إنَّ للَّهِ في سماءِ الدُّنيا ملائِكةً خُشوعًا لا يرفعونَ رؤوسَهم حتَّى تقومَ السَّاعةُ، فإذا قامتِ السَّاعةُ رفعوا رؤوسَهم ثمَّ قالوا: ربَّنا ما عبَدناكَ حقَّ عبادتِكَ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ke sini wahai ‘Umar!…Duduklah agar dapat aku beritahukan kepada kamu tentang betapa Tuhan tidak memerlukan solat Abu Jahsh al-Laithi, sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang khusyuk di langit dunia, mereka tidak mengangkat kepala-kepala mereka sehinggalah berlakunya kiamat. Maka apabila berlaku kiamat, mereka akan mengangkat kepala mereka, kemudian mereka berkata: Tuhan kami! Kami tidak beribadah kepada-Mu dengan sebenar-benar ibadah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 494, hadis nombor 2657. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر –رضي الله عنهما- أن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- جاء والصلاة قائمة؛ وثلاثة نفر جلوس؛ أحدهم أبو جحش الليثي. قال: قوموا فصلوا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم. فقام اثنان، وأبى أبو جحش أن يقوم، فقال له عمر: صل يا أبا جحش! مع النبي صلى الله عليه وسلم. قال: لا أقوم حتى يأتيني رجل هو أقوى مني ذراعا، وأشد مني بطشا، فيصرعني، ثم يدس وجهي في التراب. قال عمر: فقمت إليه، فكنت أشد منه ذراعا، وأقوى منه بطشا، فصرعته ثم دسست وجهه في التراب، فأتى علي عثمان فحجزني. فخرج عمر بن الخطاب مغضبا، حتى انتهى إلى النبي صلى الله عليه وسلم، فلما رآه النبي صلى الله عليه وسلم ورأى الغضب في وجهه؛ قال: ((ما رابك يا أبا حفص؟)). فقال: يا رسول الله! أتيت على نفر جلوس على باب المسجد وقد أقيمت الصلاة، وفيهم أبو جحش الليثي، فقام الرجلان… (فأعاد الحديث). ثم قال عمر: والله يا رسول الله! ما كانت معونة عثمان إياه إلا أنه ضافه ليلة، فأحب أن يشكرها له! فسمعه عثمان فقال: يا رسول الله! ألا تسمع ما يقول لنا عمر عندك؟! فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن رضى عمر رحمة الله! لوددت أنك كنت جئتني برأس الخبيث)). فقام عمر. فلما بعد ناداه النبي صلى الله عليه وسلم فقال: ((هلم يا عمر! أين أردت أن تذهب؟)). فقال: أردت أن آتيك برأس الخبيث. فقال: ((اجلس حتى أخبرك بغنى الرب عن صلاة أبي جحش الليثي؛ إن لله في السماء الدنيا ملائكة خشوعا، لا يرفعون رؤوسهم حتى تقوم الساعة، فإذا قامت الساعة؛ رفعوا رؤوسهم، ثم قالوا: ربنا! ما عبد ناك حق عبادتك)). فقال له عمر بن الخطاب رضي الله عنه: وما يقولون يا رسول الله؟! قال: ((أما أهل السماء الدنيا فيقولون: سبحان ذي الملك والملكوت. وأما أهل السماء الثانية فيقولون: سبحان الحي الذي لا يموت؛ فقلها يا عمر! في صلاتك)). فقال: يا رسول الله! فكيف بالذي علمتني وأمرتني أن أقوله في صلاتي؟ قال: ((قل هذه مرة، وهذه مرة)). وكان الذي أمر به أن قال: ((أعوذ بعفوك من عقابك، وأعوذ برضاك من سخطك، وأعوذ بك منك، جل وجهك)). [ك، هب، ((الضعيفة)) (4982)].

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, bahawa ‘Umar bin al-Khattab RA telah datang dan ketika itu solat sedang didirikan dan terdapat tiga orang sedang duduk. Salah seorang daripada mereka adalah Abu Jahsh al-Laithi. ‘Umar berkata: Berdirilah kalian dan solatlah bersama Rasulullah SAW. Lantas bangunlah dua orang namun Abu Jahsh enggan untuk bangun, lalu ‘Umar berkata kepadanya: Solatlah wahai Abu Jahsh bersama Nabi SAW! Dia berkata: Aku tidak mahu berdiri sehinggalah datang seorang lelaki yang lebih kuat lengannya daripadaku, lebih bengis daripada aku lalu dia bergelut denganku kemudian dia menghentam wajahku di tanah. ‘Umar berkata: Lalu aku bangun pergi kepadanya, dan pada waktu itu aku adalah orang yang lebih kuat lengan daripadanya, dan lebih bengis daripadanya, lalu aku bergelut dengannya kemudian aku hentam wajahnya ke tanah. Kemudian ‘Uthman datang kepadaku lalu dia menahanku. Selepas itu, ‘Umar bin al-Khattab keluar dalam keadaan marah sehingga dia sampai kepada Nabi SAW. Tatkala Nabi SAW melihatnya dan baginda melihat kemarahan pada wajahnya, baginda berkata: Ada apa ni, wahai Abu Hafs? Lalu beliau menjawab: Wahai Rasulullah! Aku datang kepada beberapa orang yang sedang duduk pada pintu masjid sedangkan solat telah dimulakan dan bersama mereka Abu Jahsh al-Laithi dan dua orang telah bangun … (lalu beliau menceritakan semula tentang apa yang berlaku). Kemudian ‘Umar berkata: Demi Allah wahai Rasulullah! Tidaklah bantuan ‘Uthman kepadanya melainkan dia telah menjemputnya sebagai tetamu selama satu malam. Maka dia suka untuk berterima kasih kepadanya. Lalu ‘Uthman mendengarnya lantas dia berkata: Wahai Rasulullah! Tidakkah kamu dengar apa yang ‘Umar katakan kepada kami disisimu? Maka Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya keredaan ‘Umar adalah rahmat Allah! Aku benar-benar ingin agar kamu membawakan kepadaku kepala si jelik itu. Lalu ‘Umar bangun. Tatkala dia agak jauh, Nabi SAW memanggilnya lalu baginda berkata: Ke sini wahai ‘Umar! Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin membawa kepadamu kepala si jelik itu. Lalu baginda berkata: Duduklah agar dapat aku beritahukan kepada kamu tentang betapa Tuhan tidak memerlukan solat Abu Jahsh al-Laithi, sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang khusyuk di langit dunia, mereka tidak mengangkat kepala-kepala mereka sehinggalah berlakunya kiamat. Maka apabila berlaku kiamat, mereka akan mengangkat kepala mereka, kemudian mereka berkata: Tuhan kami! Kami tidak beribadah kepada-Mu dengan sebenar-benar ibadah. Lalu ‘Umar bin al-Khattab RA bertanya baginda: Dan apa yang mereka katakan wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Adapun penduduk langit dunia, mereka mengucapkan: Maha suci Zat yang memiliki pemerintahan dan kerajaan. Manakala penduduk langit kedua, mereka mengucapkan: Maha suci yang Maha Hidup yang tidak mati, jadi, kamu ucapkanlah ia wahai ‘Umar dalam solatmu. Lalu beliau berkata: Wahai Rasulullah! Jadi bagaimana dengan (ucapan) yang kamu ajarkan dan perintahkan agar aku ucapkannya dalam solatku? Baginda berkata: Ucapkanlah ini sekali dan ini sekali. Dan diantara yang diperintahkan dengannya agar diucapkan juga adalah: Aku berlindung dengan pengampunan-Mu daripada hukuman-Mu, aku berlindung dengan reda-Mu daripada kemurkaan-Mu dan aku berlindung dengan-Mu daripada-Mu (azab-Mu) kemuliaan wajah-Mu.
[Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi dalam kitab al-Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4982].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs