Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هلمَّ يا عمرُ! أين أردت أن تذهب؟ فقال: أردت أن آتيك برأس الخبيث. فقال: اجلِس حتَّى أخبرَكَ بغِنى الرَّبِّ عن صلاةِ أبي جحشٍ اللَّيثيِّ، إنَّ للَّهِ في سماءِ الدُّنيا ملائِكةً خُشوعًا، لا يرفعونَ رؤوسَهم حتَّى تقومَ السَّاعةُ، فإذا قامتِ السَّاعةُ رفعوا رؤوسَهم ثمَّ قالوا: ربَّنا ما عبَدناكَ حقَّ عبادتِكَ
Teks Bahasa Melayu
Ke sini wahai ‘Umar! Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin membawa kepadamu kepala si jijik itu. Lalu baginda berkata: Duduklah sehingga aku beritahu kamu tentang kekayaan Tuhan daripada solat Abu Jahs al-Laithi, sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang khusyuk di langit dunia, mereka tidak menggangkat kepala-kepala mereka sehinggalah berlakunya kiamat. Maka apabila berlaku kiamat, mereka akan menggangkat kepala mereka, kemudian mereka berkata: Tuhan kami! Kami tidak beribadah kepada-Mu dengan sebenar-benar ibadah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 494, hadis no. 2657.
(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, bahawa ‘Umar bin al-Khattab RA telah datang sedang solat sedang didirikan dan terdapat tiga orang sedang duduk. Salah seorang daripada mereka adalah Abu Jahs al-Laithi. ‘Umar berkata: Berdirilah kalian dan solatlah bersama Rasulullah SAW. Lantas bangunlah dua orang dan Abu Jahs enggan untuk bangun, lalu ‘Umar berkata kepadanya: Solatlah wahai Abu Jahs bersama Nabi SAW! Dia berkata: Aku tidak mahu berdiri sehinggalah datang seorang lelaki yang lebih kuat lengannya daripadaku, lebih bengis daripada aku lalu dia bergelut denganku kemudian dia menghentam wajahku di tanah. ‘Umar berkata: Lalu aku bangun pergi kepadanya, lalu aku menjadi lebih kuat lengan daripadanya, dan lebih bengis daripadanya, lalu aku bergelut dengannya kemudian aku hentam wajahnya di tanah. Kemudian ‘Uthman datang kepadaku lalu dia menahanku. Selepas itu, ‘Umar bin al-Khattab keluar dalam keadaan marah sehingga dia sampai kepada Nabi SAW. Tatkala Nabi SAW melihatnya dan baginda nampak kemarahan pada wajahnya, baginda berkata: Ada apa ni, wahai Abu Hafs? Lalu dia menjawab: Wahai Rasulullah! Aku datang kepada beberapa orang yang sedang duduk pada pintu masjid sedangkan solat telah diiqamatkan dan bersama mereka Abu Jahs al-Laithi lalu dua orang telah bangun … (Lalu dia mengulangi kisah ini). Kemudian ‘Umar berkata: Demi Allah wahai Rasulullah! TIdaklah bantuan ‘Uthman kepadanya melainkan dia telah menambahnya satu malam. Maka dia suka untuk berterima kasih kepadanya. Lalu ‘Uthman mendengarnya lantas dia berkata: Wahai Rasulullah! Tidakkah kamu dengar apa yang ‘Umar katakan kepada kami disisimu? Maka Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya keredaan ‘Umar adalah rahmat Allah! Aku benar-benar ingin agar kamu membawakan kepadaku dengan kepada si jijik itu. Lalu ‘Umar bangun. Tatkala dia agak jauh, Nabi SAW memanggilnya lalu baginda berkata: Ke sini wahai ‘Umar! Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin membawa kepadamu kepala si jijik itu. Lalu baginda berkata: Duduklah sehingga aku beritahu kamu tentang kekayaan Tuhan daripada solat Abu Jahs al-Laithi, sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang khusyuk di langit dunia, mereka tidak menggangkat kepala-kepala mereka sehinggalah berlakunya kiamat. Maka apabila berlaku kiamat, mereka akan menggangkat kepala mereka, kemudian mereka berkata: Tuhan kami! Kami tidak beribadah kepada-Mu dengan sebenar-benar ibadah. Lalu ‘Umar bin al-Khattab RA bertanya baginda: Dan apa yang mereka katakan wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Adapun penduduk langit dunia, mereka mengucapkan: Maha suci Zat yang memiliki pemerintahan dan kerajaan. Manakala penduduk langit kedua, mereka mengucapkan: Maha suci yang Maha Hidup yang tidak mati, jadi, kamu ucapkanlah ia wahai ‘Umar dalam solatmu. Lalu beliau berkata: Wahai Rasulullah! Jadi bagaimana dengan (ucapan) yang kamu telah ajar aku dan isteriku agar aku ucapkannya dalam solatku? Baginda berkata: Ucapkanlah ini sekali dan ini sekali. Dan apa yang diperintahkan dengannya agar dia mengucapkan: Aku berlindung dengan pengampunan-Mu daripada hukuman-Mu, aku berlindung dengan reda-Mu daripada kemurkaan-Mu dan aku berlindung dengan-Mu daripada-Mu (azab-Mu) kemuliaan wajah-Mu. [Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi dalam kitab al-Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4982].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman