Dahulu kami, apabila didatangkan dengan jenazah seseorang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا أتي بالمرء قد شهد بدرا والشجرة، كبر عليه تسعا، فإذا أتي به قد شهد بدرا ولم يشهد الشجرة، أو شهد الشجرة ولم يشهد بدرا، كبر عليه سبعا، وإذا أتي بالمرء لم يشهد بدرا ولا الشجرة، كبر عليه أربعا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dahulu kami apabila didatangkan dengan jenazah seseorang (sahabat Rasulullah SAW) yang pernah turut serta menyaksikan peperangan Badar dan peristiwa bai’ah al-Ridwan di Hudaibiyah, kami mensolatkan ke atas jenazahnya dengan takbir sebanyak 9 kali. Sekiranya didatangkan dengan jenazah seseorang yang turut serta dalam peperangan Badar sahaja tanpa peristiwa bai’at di Hudaibiyyah, atau menyaksikan peristiwa bai’at sahaja tanpa menyaksikan peperangan Badar, kami mensolatkan jenazahnya dengan takbir sebanyak 7 kali. Sekiranya didatangkan kepada kami dengan jenazah yang tidak pernah menyaksikan, turut serta kedua-duanya sekali, kami bertakbir ke atasnya sebanyak 4 kali sahaja.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1033, hadis nombor 5295. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن جابر بن عبدالله – رضي الله عنهما – قال: ((كان إذا أتي بالمرء قد شهد بدرا والشجرة، كبر عليه تسعا، فإذا أتي به قد شهد بدرا ولم يشهد الشجرة، أو شهد الشجرة ولم يشهد بدرا، كبر عليه سبعا، وإذا أتي بالمرء لم يشهد بدرا ولا الشجرة، كبر عليه أربعا)). [عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6633)].

(Sangat Munkar)
Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA beliau berkata: Dahulu kami apabila didatangkan dengan jenazah seseorang (sahabat Rasulullah SAW) yang pernah turut serta menyaksikan peperangan Badar dan peristiwa bai’ah al-Ridwan di Hudaibiyah, kami mensolatkan ke atas jenazahnya dengan takbir sebanyak 9 kali. Sekiranya didatangkan dengan jenazah seseorang yang turut serta dalam peperangan Badar sahaja tanpa peristiwa bai’at di Hudaibiyyah, atau menyaksikan peristiwa bai’at sahaja tanpa menyaksikan peperangan Badar, kami mensolatkan jenazahnya dengan takbir sebanyak 7 kali. Sekiranya didatangkan kepada kami dengan jenazah yang tidak pernah menyaksikan, turut serta kedua-duanya sekali, kami bertakbir ke atasnya sebanyak 4 kali sahaja.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6633].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.