Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا صلَّى الفجرَ ، لم يقمْ من مجلسِهِ حتى يُمكنَهُ الصلاةَ.
Teks Bahasa Melayu
Dahulu apabila Baginda solat Fajar (Subuh), baginda tidak bangun dari tempat duduknya sehingga baginda selesai solatnya (sunat dan fardu).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 375, hadis no. 1988. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Ibn Umar RA katanya: “Dahulu apabila Baginda solat Fajar (Subuh), baginda tidak bangun dari tempat duduknya sehingga baginda selesai solatnya (sunat dan fardu).” [Riwayat al-Siraj dalam Musnadnya, al-Tabrani dalam kitabnya Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6726]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman