Dahulu apabila baginda solat di dalam Hijir Ismail, Umar bin al-Khattab akan berdiri di bahagian kepala baginda dengan pedang sehingga baginda solat

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا صلى في الحجر، قام عمر بن الخطاب على رأسه بالسيف حتى يصلي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dahulu apabila baginda solat di dalam Hijir Ismail, Umar bin al-Khattab akan berdiri di bahagian kepala baginda dengan pedang sehingga baginda solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 323, hadis nombor 1705. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه -، قال: ((كان إذا صلى في الحجر، قام عمر بن الخطاب على رأسه بالسيف حتى يصلي)). [الدارقطني في ((العلل))، ((الضعيفة)) (5858)].

(Lemah) Daripada Umar bin al-Khattab RA, dia telah berkata: Dahulu apabila baginda solat di dalam Hijir Ismail, Umar bin al-Khattab akan berdiri di bahagian kepala baginda dengan pedang sehingga baginda solat. [Riwayat al-Daraqutni dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5858].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs