Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ إِذَا صَلَّى فِي الْحِجْرِ، قَامَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ عَلَى رَأْسِهِ بِالسَّيْفِ حَتَّى يُصَلِّيَ.
Teks Bahasa Melayu
Dahulu apabila baginda solat di dalam Hijir Ismail, Umar bin al-Khattab akan berdiri di bahagian kepala baginda dengan pedang sehingga baginda solat.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 323, hadis no. 1705. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر بن الخطاب - رضي الله عنه -، قال: ((كان إذا صلى في الحجر، قام عمر بن الخطاب على رأسه بالسيف حتى يصلي)). [الدارقطني في ((العلل))، ((الضعيفة)) (5858)].
(Daif) Daripada Umar bin al-Khattab RA, dia telah berkata: Dahulu apabila baginda solat di dalam Hijir Ismail, Umar bin al-Khattab akan berdiri di bahagian kepala baginda dengan pedang sehingga baginda solat. [Riwayat al-Daraqutni dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5858].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman