Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قد كنتُ أنهاكَ عن حُبِّ اليهودِ.
Teks Bahasa Melayu
Dahulu aku telah melarangmu daripada mencintai Yahudi.
Sahabat Perawi
- Usamah bin Zaid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1773, hadis no. 8927. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أسامة بن زيد -رضي الله عنه-، قال: خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم يعود عبد الله بن أبي في مرضه الذي مات فيه، فلما دخل عليه، عرف فيه الموت، قال: ((قد كنت أنهاك عن حب اليهود)). [د، حم، ك، ((الضعيفة)) (6598)]
(Lemah) Daripada Usāmah bin Zaid RA, beliau berkata: Rasulullah SAW keluar menziarahi ‘Abdullah Bin Ubay kerana penyakitnya yang kemudian dia meninggal dunia disebabkan olehnya. Apabila baginda masuk menemuinya, baginda mengetahui itu adalah saat kematian bagi ‘Abdullah, lalu baginda bersabda: Dahulu aku telah melarangmu daripada mencintai Yahudi. [Riwayat Abū Daūd dalam al-Sunan, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6598]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman