Dahulu aku pernah bersama dengan Nabi SAW

TEKS BAHASA ARAB

أنا وهذا حجة على أمتي يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dahulu aku pernah bersama dengan Nabi SAW. Lalu baginda melihat ‘Ali datang. Maka baginda pun bersabda: “Aku dan (insan) ini (iaitu ‘Ali) ialah hujah ke atas umatku pada hari kiamat."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1861, hadis nombor 9390. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: كنت عند النبي صلى الله عليه وسلم، فرأى عليا مقبلا، فقال: ((أنا وهذا حجة على أمتي يوم القيامة)). [حل، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4900)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, beliau menceritakan: Dahulu aku pernah bersama dengan Nabi SAW. Lalu baginda melihat ‘Ali datang. Maka baginda pun bersabda: “Aku dan (insan) ini (iaitu ‘Ali) ialah hujah ke atas umatku pada hari kiamat." [Riwayat Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’, Khatib al-Baghdadi dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4900]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs