Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنا وهذا حُجَّةٌ على أمتي يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Dahulu aku pernah bersama dengan Nabi SAW. Lalu baginda melihat ‘Ali datang. Maka baginda pun bersabda: “Aku dan (insan) ini (iaitu ‘Ali) ialah hujah ke atas umatku pada hari kiamat."
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1861, hadis no. 9390. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: كنت عند النبي صلى الله عليه وسلم، فرأى عليا مقبلا، فقال: ((أنا وهذا حجة على أمتي يوم القيامة)). [حل، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4900)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, beliau menceritakan: Dahulu aku pernah bersama dengan Nabi SAW. Lalu baginda melihat ‘Ali datang. Maka baginda pun bersabda: “Aku dan (insan) ini (iaitu ‘Ali) ialah hujah ke atas umatku pada hari kiamat." [Riwayat Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’, Khatib al-Baghdadi dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4900]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman