Dahulu aku ialah orang yang paling sedikit dalam soal bersetubuh

TEKS BAHASA ARAB

كنت من أقل الناس في الجماع حتى أنزل الله علي الكفيت فما أريده من ساعة إلا وجدته وهو قدر فيها لحم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dahulu aku ialah orang yang paling sedikit dalam soal bersetubuh hinggalah Allah turunkan kepadaku al-kafyat (sejenis makanan yang dibawa oleh Jibril), lalu tidaklah aku inginkannya pada suatu ketika melainkan aku mendapatkannya, ia satu bekas yang di dalamnya terdapat daging.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 64, hadis nombor 360. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith ini termasuk hadith-hadith al-Harisah (bubur). Telah kami sebutkan bahawa ia palsu sebagaimana kata para huffaz.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs